Rekaan Microsoft Surface Pro Tertiris

Mei 19, 2017 0

Microsoft Surface Laptop dilancarkan hanya beberapa minggu yang lalu dan ia antara komputer riba dengan rekaan yang paling menarik pernah dihasilkan. Tetapi bagi kebanyakan pengguna, model terkini untuk Surface Pro adalah yang paling dinantikan tetapi tidak diperlihatkan pada waktu yang sama dengan Surface Laptop. Rekaan model terkini Microsoft Surface Pro akhirnya tertiris ehsan dari @evleaks. […]

Facebook Didenda RM 529 Juta Kerana Maklumat Mengelirukan Mengenai Pengambilalihan WhatsApp

Mei 19, 2017 0

Facebook, WhatsApp dan Instagram ialah triniti terbesar di dalam arena media sosial. WhatsApp dan Instagram kedua-duanya diambil alih oleh Facebook bagi mengembangkan jangkauan mereka kepada pengguna yang kini menghampiri 2 Billion pengguna aktif sebulan. Syarikat milik Mark Zuckerberg ini mencatatkan keuntungan yang tinggi walaupun menawarkan perkhidmatan “percuma”. Data pengguna digunakan bagi menjual iklan dan tabiat […]

Arked Permainan Realiti Maya Neon Genesis Evangelion Bakal Dibuka Di Jepun

Mei 19, 2017 0

Di dalam dunia anime, Neon Genesis Evangelion adalah antara yang paling terkenal dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penontonnya. Ramai di kalangan peminat mendambakan peluang untuk memandu robot gergasi Eva. Namco Bandai akan memenuhi impian mereka dengan menghasilkan permainan arked realiti maya Evangelion: The Throne of Souls. Permainan arked ini menggabungkan peranti realiti maya dan […]

LG Mempatenkan Peranti Dengan Konfigurasi Skrin Kedua Yang Unik

Mei 19, 2017 0

LG G6 ialah peranti pertama yang dilancarkan dengan skrin memanjang bernisbah 18:9. Dengan skrin yang unik ini, saiz bezel menjadi semakin nipis dan meningkatkan nisbah skrin kepada permukaan hadapan peranti. LG didapati mempatenkan rekaan peranti baru dengan konfigurasi skrin kedua yang unik. Dengan rekaan ini luas permukaan skrin akan menjadi semakin besar dan menjadikan peranti […]

Telegram Memperkenalkan Sokongan Bayaran

Mei 19, 2017 0

Telegram sering menambah beberapa ciri-ciri menarik pada aplikasi mereka. Terkini, hari ini pembangun aplikasi permesejan berkenaan telah mengumumkan kemaskini Telegram 4.0 yang mana menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk Telescope dan juga pembayaran. Telescope, seperti pernah dikongsikan sebelum ini, membolehkan pengguna berkongsi mesej video bersama rakan-rakan lain di Telegram, atau pada masa yang sama menerbitkan ia […]

Kini Terdapat Lebih 2 Bilion Peranti Android Aktif Di Seluruh Dunia

Mei 18, 2017 0

Google pada hari ini telah memulakan acara Google I/O memfokuskan para pembangun dengan berkongsi pelbagai statistik semasa mengenai produk-produk dan perkhidmatan mereka. Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa produk Google yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna, termasuk seperti GMail, YouTube, Android dan sebagainya. Berkongsi hari ini, Google turut mengatakan yang mana penggunaan Google Drive dan […]

Google Assistant Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

Mei 18, 2017 0

Google Assistant merupakan pembantu maya pintar yang dibangunkan oleh Google dalam usaha memudahkan tugasan pengguna, selain menawarkan “Google” peribadi untuk setiap orang. Google Assistant buat masa ini digunakan oleh lebih 100 juta pengguna seluruh dunia, dan Google hari ini mengatakan mereka juga turut dalam usaha membawa sokongan pembantu maya pintar ini ke semua 2 bilion […]

Google Memperkenalkan Ciri “Smart Reply” Untuk Pengguna GMail Di Android Dan iOS

Mei 18, 2017 0

Google sebelum ini telah memperkenalkan ciri “Smart Reply” pada aplikasi Inbox mereka, yang mana menggunakan pembelajaran mesin dalam memudahkan anda memberikan respon ringkas untuk sesuatu emel dengan mudah. Melaluinya, mesin akan mempelajari dan memahami kandungan pada emel, dan menyediakan sejumlah pilihan jawapan ringkas yang boleh anda pilih dan menghantarnya terus kepada penghantar emel berkenaan. Kini, […]

Samsung Akan Menambah Sokongan Google Daydream Untuk Galaxy S8

Mei 18, 2017 0

Google telah memperkenalkan sokongan realiti-maya untuk telefon pintar berasaskan Android sebelum ini, dan menamakan ia sebagai Google Daydream. Beberapa peranti Android sedia menyertakan sokongan ini, dan berkongsi mengenainya pada Google I/O 2017, pihak Google turut mengumumkan yang mana sokongan Daydream turut akan hadir ke Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus. Melalui sokongan Daydream, ia […]

Insurans Hayat Sun Life Malaysia Bakal Ditawarkan Untuk Pengguna U Mobile Pada Harga Mampu Milik

Mei 18, 2017 0

Dalam tempoh dua minggu ini U Mobile telah menawarkan fungsi terbaru pada pelan telekomunikasi mereka. Baru sahaja mereka mengumumkan Roam-Onz untuk pelan Unlimited Hero P78 pada Selasa lepas, hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Sun Life Malaysia dan menawarkan insurans hayat buat pengguna U Mobile. Menerusi kerjasama ini, Sun Life Malaysia akan menawarkan insurans hayat […]