Telegram Calls Kini Boleh Digunakan Oleh Pengguna Di Malaysia

April 5, 2017 0

Telegram telah mengumumkan sokongan panggilan audio sejak minggu lepas, dan kini fungsi berkena.an dilihat turut telah memperkenalkan sokongan tersebut kepada pengguna tempatan. Berbeza dengan WhatsApp, Telegram tidak menyediakan sebuah tab khusus pada bahagian hadapan, tetapi sebaliknya ia diletakkan pada bahagian navigasi dibawah pautan dinamakan Calls. Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh mengakses sokongan panggilan […]

Syarikat Program Mengelat Untuk Permainan Video Diarahkan Membayar Ganti Rugi $8.5 Juta Kepada Blizzard

April 5, 2017 0

Program mengelat seperti Aimbot membuatkan permainan atas talian tidak lagi menyeronokkan. Kepakaran tidak diperlukan untuk menang dan menimbulkan kemarahan pemain yang menjadi mangsa. Bossland ialah syarikat yang membangunkan pelbagai program mengelat serta Bot untuk permainan World of Warcraft, Diablo 3, Heroes of the Storm, Hearthstone dan Overwatch. Mereka diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah $8.5 Juta […]

Xiaomi Memperkenalkan Tablet Terbaru – Mi Pad 3

April 5, 2017 0

Xiaomi sedia menawarkan tablet mereka dibawah nama MiPad. Hari ini, pengeluar China berkenaan memperkenalkan tablet terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi Pad 3. Xiaomi Mi Pad 3 hadir dengan skrin bersaiz 7.9-inci pada resolusi 2048×1536, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek MT8176, sokongan grafik PowerVR GX6250, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Tablet ini turut menggunakan kamera […]

Honor 8 Pro Dilancarkan Secara Rasmi – Diperkasakan Kirin 960 Dan Dwi-Kamera

April 5, 2017 0

Kewujudan Honor 8 Pro tertiris seminggu yang lalu menerusi laman rasmi Honor Russia. Peranti ini akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini dan merupakan sebuah Honor V9 yang dijenamakan semula. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.7″ QHD, pemproses HiSilicon Kirin 960, RAM 6 GB dan storan 64 GB. Dwi-kamera utama 12 + 12 Megapixel f/2.2 […]

Skrin Samsung Galaxy S8 Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

April 5, 2017 0

Apakah peranti terbaik di pasaran? Soalan ini akan mempunyai jawapan berbeza bergantung kepada individu. Bagi yang berkemampuan harga yang mahal bukanlah sesuatu yang negatif asalkan ia memenuhi kesemua kehendak pembeli. Ada juga yang merasakan bateri bertahan ialah faktor yang paling penting. Bagi skrin terbaik pada telefon pintar, mungkin Samsung Galaxy S8 merajai kategori ini. DisplayMate […]

Komputer Riba MacBook Menyumbang Kepada Lapan Puluh Peratus Jualan Komputer Mac

April 5, 2017 0

Sejauh manakah kepopularan komputer riba MacBook dikalangan peminat Apple? Ianya terjawab hari ini menerusi temubual Apple bersama dengan TechCrunch. Paul Schiller yang merupakan naib presiden bahagian produk mendedahkan 80% jualan komputer Mac tahun lalu adalah komputer riba MacBook. Jualan dari MacPro dan iMac pula menyumbang baki 20%. Beliau turut mendedahkan terdapat 100 Juta pengguna Mac. […]

Huawei P10 Dan P10 Plus Secara Rasmi Disokong Sistem Panggilan VoLTE Digi

April 5, 2017 0

Sistem panggilan Voice over LTE (VoLTE) memberikan kualiti suara yang lebih jelas dan terang. Suara pemanggil kedengaran seperti bercakap di hadapan wajah dan tidak lagi tenggelam seperti kebiasaannya. Digi telah memberikan sokongan VoLTE sejak Oktober tahun lalu tetapi hanya diberikan kepada pemilik iPhone 7, 6S, 6 dan SE. Hari ini mereka secara rasmi memberikan sokongan […]

Western Digital Mengumumkan Cakera Keras WD Purple 10TB – Khusus Untuk Sistem Pengawasan 24/7

April 5, 2017 0

Baru-baru ini, Western Digital baru sahaja mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan mengemaskini barisan storan digital WD Purple mereka, dengan memperkenalkan storan sebesar 10 Terabyte yang akan digunakan untuk menstrim dan menyimpan data khusus untuk sistem pengawasan digital. Cakera keras WD Purple ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik yang membenarkan pengguna untuk bukan sahaja memasang CCTV mereka […]

Teaser Untuk YotaPhone 3 Diperlihatkan

April 5, 2017 0

YotaPhone mungkin adalah antara peranti dengan rekaan paling unik di pasaran. Peranti ini mempunyai dua skrin dengan skrin sekunder menggunakan teknologi E-Ink. Ini membolehkan novel dibaca pada skrin sekunder tanpa menggunakan kuasa bateri yang banyak berbanding skrin LCD biasa. YotaPhone pernah memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2014. YotaPhone 3 pada asalnya dijangkakan tiba tahun. Penantian […]

Smartphone Dengan Skrin Boleh Lipat Dari Samsung Hadir Pada Tahun 2019

April 5, 2017 0

Sebelum ini terdapat banyak desas-desus yang tersebar di internet menyatakan bahahawa Samsung akan memperkenalkan smartphonne dengan skrin lipat pada suku ke-3 tahun ini. Ia dijangka hadir bersama dengan Galaxy Note 8 pada IFA 2017 pada bulan September ini. Namun sayangnya berita tersebut telah disangkal oleh Samsung dimana mereka akan bawakan teknologi dengan skrin boleh lipat dipasarkan seawal tahun 2019. Menurut...

The post Smartphone Dengan Skrin Boleh Lipat Dari Samsung Hadir Pada Tahun 2019 appeared first on Mesra Mobile.