Indonesia Menjadi Negara ASEAN Pertama Menggunakan Pesawat Kipas Sendeng Boeing MV-22 Osprey

Julai 9, 2020 0

Pesawat kipas sendeng Bell Boeing MV-22 Osprey ialah antara yang paling unik di dunia kerana mampu terbang menegak seperti helikopter dan terbang mendatar seperti pesawat biasa. Sejak diperkenalkan pada tahun 1989 dan beroperasi pada tahun 2007, hanya sebilangan kecil tentera dunia menggunakan Osprey Di rantau Asia Tenggara, Indonesia kini menjadi negara pertama yang akan menggunakan […]

Google Images Kini Memaparkan Maklumat Ringkas Untuk Setiap Carian Imej

Julai 9, 2020 0

Google Image merupakan laman carian yang memudahkan orang ramai menemui pelbagai jenis gambar. Google kini menambah ciri baru padanya dengan memaparkan panel maklumat ringkas untuk setiap hasil carian imej yang dilakukan. Melaluinya, pengguna akan lebih memahami setiap hasil carian mereka. Dalam masa sama, ia turut memaparkan beberapa laman web lain yang berkaitan dengan carian untuk […]

Tinder Memperkenalkan Face To Face – Temujanji Secara Telesidang

Julai 9, 2020 0

Pembatasan sosial masih lagi disarankan di seluruh dunia bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19. Walaupun di Malaysia situasi penyebaran wabak sudah semakin pulih, di negara barat mereka kini berhadapan dengan gelombang kedua yang sedahsyat gelombang pertama. Bagi pengguna Tinder, mereka masih boleh mencari pasaran di zaman Covid dengan melakukan temu janji secara telesidang. Ciri Face To […]

Vivo IQOO Z1x Kini 5G Rasmi Dengan Skrin 120Hz, Snapdragon 765G Dan Bateri 5,000mAh

Julai 9, 2020 0

Sekian lama mengacah mengenai kehadirannya, Vivo iQoo Z1x 5G akhirnya diperkenalkan secara rasmi dengan sejumlah spesifikasi terkini. Antaranya, skrin dengan kadar segar semula yang tinggi 120Hz, pemproses dengan sokongan 5G melalui penjanaan cip Snapdragon 765G dan bateri besar 5,000mAh. Vivo iQOO Z1x 5G menggunakan paparan bersaiz 6.57-inci FHD+ IPS LCD dengan rekaan skrin berlubang untuk […]

Tesla Dikatakan Semakin Hampir Merealisasikan Teknologi Pemanduan Swapandu Tahap 5

Julai 9, 2020 0

Tesla ialah syarikat kenderaan elektrik terkenal yang juga sedang membangunkan teknologi swapandu untuk kenderaan-kenderaan mereka. Sebelum ini kami ada menulis tentang spesifikasi tahap swapandu, dimana tahap 5 adalah tahap yang tertinggi yang menggunakan kecerdasan buatan untuk memandu kenderaan tanpa input penumpang didalam apa jua keadaan sekalipun, tanpa mengira keadaan trafik, cuaca dan jalan raya. Terkini, […]

Apple Pay Mungkin Sokong Fungsi Pembayaran Melalui Imbasan Kod QR Tidak Lama Lagi

Julai 9, 2020 0

Apple telah memperkenalkan sistem operasi 14 ketika acara WWDC (Worldwide Developer Conference) 2020 yang berlangsung pada Jun lalu. Difahamkan, kemas kini untuk versi iOS 14 beta 2 telah mula dilepaskan, namun apa yang menarik perhatian terdapat satu fungsi tersembunyi yang menarik telah ditemui pada kemas kini kali ini. Memetik portal 9toMac, pihaknya berjaya menemui satu […]

Intel Berkongsi Spesifikasi Untuk Thunderbolt 4

Julai 9, 2020 0

Dengan setiap generasi baharu, standard port yang lebih pantas akan diperkenalkan juga bagi memgoptimasikan penggunaan sistem yang lebih pantas. Intel hari ini mengumumkan spesifikasi dan kemampuan Thunderbolt 4 yang akan diperkenalkan menerusi cip Tiger Lake mereka kelak. Pertama sekali Thunderbolt 4 akan turut menyokong spesifikasi USB4 yang diumumkan sebelum ini dengan kadar pemindahan data sehingga […]

Apple Akan Meneruskan Sokongan Thunderbolt Melalui Mac Berasaskan Cip Apple Silicon

Julai 9, 2020 0

Apple pada WWDC yang diadakan pada tahun ini telah mengumumkan pengenalan cip pemprosesan mereka tersendiri untuk komputer, dinamakan Apple Silicon. Komputer pertama menggunakan cip ini dijangka hadir pada penghujung tahun ini. Menariknya, walaupun menggunakan cip tersendiri, Apple mengesahkan yang mana mereka akan terus menyokong piawaian Thunderbolt yang dibangunkan oleh Intel. Dengan langkah ini, ia sekaligus […]

RedmiBook 16 Dan RedmiBook 14 II Dengan Cip Intel Dilancarkan

Julai 9, 2020 0

Semalam RedmiBook 16 dan RedmiBook 14 II telah dilancarkan dengan cip pemproses keluaran Intel dan juga GPU Nvidia MX350 keluaran NVDIA. Sebelum ini kedua-dua model hanya ditawarkan dengan cip keluaran AMD. RedmiBook 16 hadir dengan skrin 16.1″ LCD dengan resolusi HD penuh, pilihan pemproses Intel Core i5-1035G1 atau i7-1065G7, memori sehingga 16GB DDR4 dan storan […]

Google Mungkin Memperkenalkan Versi Stabil Android 11 Pada 8 September 2020 Kelak

Julai 8, 2020 0

Sistem operasi Android yang kini dalam pembangunan adalah Android 11. Beberapa versi pembangunan telah pun ditawarkan bagi memudahkan pembangunan aplikasi, dan semestinya ramai yang menantikan bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya dalam bentuk stabil. Kebiasannya, Google akan menawarkan versi pembangunan untuk memudahkan pengoptmasian aplikasi, sebelum versi stabil untuk sesuatu versi Android dilancarkan. Sebaik sahaja versi […]

1 5 6 7 8 9 1,554