Apple akan umum peranti kesukaan ramai pada 12 September

September 5, 2017 0

Bulan September telah tiba dan ia menandakan satu perkara buat peminat iPhone, iaitu pelancaran model baru iPhone. Apple kini telah mengesahkan satu majlis khas akan diadakan pada 12 September 2017, di mana tidak lain dan tidak bukan pastinya tentang iPhone. Majlis kali ini akan diadakan di lokasi serba baru yang terletak di Kampus Apple Park yang baru. Steve Jobs Theatre telah dipilih untuk majlis khas ini, di mana ia akan diadakan pada jam 10 pagi pada 12 September di Cupertino, atau pada jam 1 pagi pada 13 September waktu Malaysia. Tim Cook bersama latar Kampus Apple Park Produk yang paling dinantikan ketibaannya sudah pasti adalah iPhone 8. Sudah begitu banyak khabar angin tersebar tetapi masih belum ada perkara yang pasti. Satu perkara yang paling diingini adalah rekaan serba baru iPhone, yang tidak mengalami perubahan sejak 3 generasi lepas. Selain iPhone 8 yang baru, terdapat juga cakap-cakap di mana iPhone 7s/7s Plus turut akan dilancarkan bersama. Ia mungkin akan membawakan peningkatan perkakas dalaman sahaja sambil mengekalkan rupa luaran iPhone 6. Mengikutkan sejarah sebelum ini, Apple akan membuka terus tempahan iPhone yang baru beberapa hari selepas pelancaran. Untuk Malaysia, ketibaan iPhone 7 mengambil masa hanya sebulan selepas majlis pelancaran di Amerika. Jangka masa ini mungkin boleh dikekalkan untuk iPhone yang baru ini. Jadi, lebih baik anda bersabar untuk membeli set rasmi Malaysia, berbanding mahu jadi yang pertama membeli set import dengan harga terlampau mahal. Harga iPhone 7 & 7 Plus ketika dilancarkan di Malaysia Seperti Galaxy Note8 yang dijual dengan beza harga yang agak besar berbanding model sebelumnya, iPhone 8 juga dijangka menjadi lebih mahal dari iPhone 7 pada hari pelancaran. Adakah ia bukan satu masalah untuk peminat iPhone? Kita nantikan di majlis pelancarannya pada 13 September jam 1 pagi waktu Malaysia nanti. Anda turut boleh menonton majlis pelancarannya secara langsung menerusi pelbagai peranti Apple, atau menerusi pelayar Microsoft Edge di Windows. [SUMBER: Apple]

The post Apple akan umum peranti kesukaan ramai pada 12 September appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Beli telefon Wiko dan dapatkan satu lagi telefon percuma

September 5, 2017 0

Promosi turun harga dan tawaran istimewa sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia kini diteruskan oleh Wiko. Jenama berasal dari Perancis ini menawarkan diskaun dan hadiah percuma untuk pembelian telefon pintar Wiko yang terpilih. Dari 30 Ogos sehingga 30 September 2017, Wiko menawarkan diskaun RM100 untuk pembelian Wiko Ufeel Fab, serta hadiah percuma untuk pembelian Ufeel Prime, Ufeel Pulse dan Robby 2GB. Tawaran ini adalah seperti berikut: Ufeel Fab – RM699 (selepas diskaun RM100, harga asal RM799) Ufeel Prime – RM899 (percuma WiBOARD Smart Folio bernilai RM99) Ufeel Pulse – RM799 (percuma WiBOARD Smart Folio bernilai RM99) Robby 2GB – RM529 (percuma WiCube Smart Folio & pelindung skrin tempered glass bernilai RM99) Tawaran Wiko ini boleh didapati di semua stor Wiko Experience serta stor eksklusif Wiko. Bukan ini sahaja, pembeli telefon pintar Wiko dalam tempoh promosi ini turut berpeluang memenangi hadiah tambahan menerusi peraduan cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan berupa 6 unit telefon pintar Wiko serta 60 keping kad Starbucks. Penyertaan cabutan bertuah ini amat mudah. Sediakan resit pembelian, kemudian pergi ke laman web cabutan bertuah Wiko Malaysia. Ambil gambar resit pembelian dan muat naik ke laman web tadi. Lengkapkan slogan dan isi maklumat peribadi. Pemenang akan dipilih dari slogan terbaik, dan diumumkan pada 9 Oktober 2017. Wiko memiliki banyak model telefon pintar yang mampu milik, dengan rekaan yang berbeza dari yang lain. Jangan terlepas promosi ini dan sertai cabutan bertuah jika anda membeli telefon pintar Wiko. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web my-en.wikomobile.com serta Facebook Wiko Malaysia.

The post Beli telefon Wiko dan dapatkan satu lagi telefon percuma appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Olympus E-M10 Mark III Ultra Kecil Tapi Ultra Hebat

September 5, 2017 0

Berbanding OM-D E-M10 Mark II, tidak banyak perubahan yang boleh diperhatikan daripada luar kamera ini. Sungguhpun begitu, di bahagian dalamnya terdapat beberapa perkara baru yang disuntik seperti keupayaan merakam video 4K serta peningkatan pada bilangan titik fokus. Pembangun kandungan multimedia sudah tentu berpuas hati dengan kemampuan 4K 30fps kamera ini. Jika anda mahukan frame rate yang lebih tinggi, kamera ini menyokong 120fps pada resolusi 1280×720. E-M10 Mark III masih menggunakan sensor dan pemproses imej yang sama seperti E-M10 Mark II. Pengguna akan menemui sensor Micro Four Thirds (MFT) 16.1MP dengan pemproses imej TruePic VII. Kamera ultra kompak dalam kelasnya ini masih mempunyai segala tombol dan butang yang diperlukan untuk memudahkan kawalan kamera dilakukan. Pada bahagian atas terdapat dua tombol yang boleh mengawal ISO dan Shutter Speed. Di sebeluah skrin sesentuh pula pengguna boleh menemui 9 butang yang boleh diubah fungsi mengikut keselesaan. Ciri yang paling menarik pada kamera ini adalah kehadiran penstabil imej terbina 5 paksi (IBIS). Hal ini bermakna, walau apapun jenis lensa yang anda gunakan, anda akan menikmati teknologi penstabil imej. Ia adalah berita baik untuk penggemar lensa manual kaki M42 yang terkenal dengan harga murah tetapi kualiti imej yang tinggi. Olympus O-MD E-M10 Mark III dijual pada harga RM3,099 (badan sahaja) dan RM3,799 (lensa 14-42mm). Untuk kamera yang boleh merakam video 4K, E-M10 Mark III adalah yang termurah, lebih murah berbanding Sony RX100 Mark IV (RM4,599). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

The post Olympus E-M10 Mark III Ultra Kecil Tapi Ultra Hebat appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Laman YouTube-MP3.Org Menghentikan Operasi Selepas Disaman RIAA

September 5, 2017 0

Semakin hari semakin sukar untuk mencari sumber video dan muzik secara haram di internet. Sebelum ini beberapa laman Torrent, kumpulan pencetak rompak dan penstriman haram mengangkat bendera putih selepas disaman oleh pemilik harta intelek. Terkini laman YouTube-MP3.org yang menukar video Youtube menjadi fail Mp3 pula turut berkubur. Pemilik laman, Philip Matesanz  telah bersetuju menghentikan operasi […]

Samsung Galaxy Note 8, LG V30 Dan Sony Xperia XZ1 Kini Menyokong Penstriman Kandungan HDR Netflix

September 5, 2017 0

Samsung Galaxy Note 8, LG V30 Dan Sony Xperia XZ1 ialah tiga peranti yang baru sahaja dilancarkan dengan skrin berteknologi HDR. Bagi mereka yang ingin memilikinya, penstriman kandungan HDR Netflix kini disahkan disokong pada tiga peranti ini. Ini meningkatkan jumlah peranti yang menyokong kandungan HDR Netflix kepada lima. Sebelum ini hanya LG G6 dan Sony […]

Samsung Galaxy Note 8 Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia

September 5, 2017 0

Samsung hari ini telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar Galaxy Note 8 mereka, membolehkan para peminat siri Note untuk mendapatkan telefon terkini dengan rekaan skrin menyeluruh, serta sokongan dwi-kamera – selain sokongan S-Pen. Seperti ramai sedia maklum, Galaxy Note 8 berharga RM3999 di Malaysia. Walaubagaimanapun, untuk pra-tempahan, Samsung memberikan rebat sebanyak RM321, sekaligus menjadikan harga […]

Fon Kepala Beats Studio 3 Dilancarkan Dengan Cip Apple W1

September 5, 2017 0

Fon kepala Beats Studio 3 telah dilancarkan semalam dengan cip Apple W1 bagi memudahkannya ditambat kepada peranti Apple seperti AirPod. Ini bagi membolehkan fon telinga tanpa wayar ini mempunyai sistem peredam bunyi yang baik untuk kualiti audio yang tinggi. Pendakap telinga diperhalusi oleh Beats untuk memastikan keselesaan memakainya sepanjang hari. Bateri yang disertakan memberikan kemampuan […]

Oppo A71 Hadir Ke Pasaran Tempatan Pada Harga RM858

September 5, 2017 0

Oppo Malaysia nampaknya kini telah menambah satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo A71. Telefon pintar ini menawarkan spesifikasi asas-pertengahan, dan ditujukan kepada mereka yang meminati peranti Oppo. Oppo A71 menggunakan skrin 5.2-inci dengan paparan HD pada resolusi 1280×720 pixel. Ia menggunakan cip MediaTek MT6750 lapan-teras, memori 3GB RAM, dan ruangan storan […]

Lima Casio G-Shock Baru Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke-35

September 4, 2017 0

Sekiranya anda membesar di dekad 90-an, Casio G-Shock ialah jam tangan yang menjadi simbol status di sekolah. Ia seperti iPhone terkini yang perlu dimiliki kerana ia bukan sahaja kelihatan ranggi tetapi mempunyai kemampuan tahan lasak yang dikagumi. Tahun hadapan G-Shock akan menyambut ulang tahunnya yang ke-35. Oleh itu Casio melancarkan lima model baru untuk mengingatinya. […]

Xiaomi Mi Mix 2 Dijangka Hadir Dengan Cip Snapdragon 835

September 4, 2017 0

Xiaomi sedia menjadualkan pelancaran Mi Mix 2 pada awal minggu hadapan, dan beberapa laporan sebelum ini mengatakan ia mungkin hadir dengan Snapdragon 826. Walaubagaimanapun, kini pihak Qualcomm melalui laman Weibo, memperlihatkan yang mana Mi Mix 2 akan dilengkapi cip Snapdragon 835 – seperti sejumlah peranti flagship lain dipasaran. Cip Snapdragon 835 hadir dengan rekaan 10nm […]