Kerajaan sebelum ini sedia menawarkan Pakej Data Khas SPM/STPM yang menawarkan penggunaan data sebanyak 15GB pada harga RM20 sebulan. Pada awalnya, pakej ini hanya terhad untuk para pelajar SPM dan STPM sahaja.

Hari ini, kerajaan turut mengumumkan ia akan diperluaskan untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

Dengan pengumuman ini, para pelajar di universiti turut boleh menikmati penawaran pakej data 15GB pada harga RM20 sebulan. Penawaran pakej data khas ini adalah sehingga bulan April 2021 ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran pakej data khas ini daripada Celcom, Maxis, Digi, UMobile dan juga Unifi Mobile hari ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.