Pameran #MyDigitalMaker Berlangsung Pada Penghujung Minggu Ini – Mengalakkan Budaya Kreativiti Dikalangan Anak Muda

#MyDigitalMaker merupakan salah satu usaha dalam membudayakan kreativiti dikalangan anak muda dan remaja, selain pada masa yang sama membawa kepada komuniti yang membangunkan sesuatu dan bukan sekadar komuniti pengguna semata-mata.

MyDigitalMaker untuk tahun 2019 ini bakal berlangsung pada penghujung minggu ini di MITEC Kuala Lumpur selama dua hari, iaitu pada 14 dan 15 September 2019.

Melaluinya, orang ramai boleh menyertai pelbagai kelas yang diadakan melibatkan pengaturcaraan, robotik dan sebagainya. Selain daripada itu, anda turut boleh bertanyakan berkenaan dengan pakar-pakar industri tempatan, selain pada masa yang sama bertanyakan kepada pihak berkaitan dengan kerjaya dalam bidang digital dan ICT.

MyDigitalMaker

Pelbagai pameran juga turut akan disediakan, termasuk berkaitan dengan teknologi masa depan, teknologi pertanian digital, berkaitan kecerdasan buatan, dan sebagainya.

Bagi anda yang mempunyai masa terluang, boleh ke acara MyDigitalMaker pada penghujung minggu ini. Jom!

Layari: MyDigitalMaker Fair 2019

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.