Banyak telefon pintar baharu yang keluar setiap tahun. Untuk tahun 2021, kita sudah boleh lihat lebih banyak smartfon yang menykong teknologi 5G dikeluarkan. Dan ada daripadanya boleh didapati pada harga berpatutan.

Salah satu daripadanya adalah Samsung Galaxy A32 5G. Telefon pintar kelas pertengahan ini adalah fon termurah daripada jenama Korea Selatan ini yang anda boleh gunakan untuk mempersiapkan diri dengan teknologi 5G yang bakal masuk ke Malaysia tidak lama lagi. Pihak Samsung Malaysia telah memberikan kami peluang untuk mencuba guna fon baharu ini.

Memandangkan ini adalah website gaming, ujian and cubaan yang kami lakukan lebih berfokus kepada keupayaan gaming, tidak seperti website teknologi lain.

Apa Yang Ada Dalam Kotak?

Dalam pakej kotak putih Samsung Galaxy A32 5G, anda akan dapati:

  • Fon
  • Wayar USB Type-C
  • Plag pengecas
  • Warranti dan manual

Senang kata, apa yang anda rasa yang patut ada dalam kotak sebuah fon baharu, ada dalam kotak ini. Sekarang ada tren baharu yang mana tidak semua fon memberikan pengecas and wayar USB. Jadi, tidak perlu risau, kes ini tidak tertakluk untuk fon ini.

Pandang Pertama

Galaxy A32 5G ini adalah fon yang agak panjang. Skrin 6.5 inci ini mempunyai aspek resolusi 20:9, membuatkanya sangat lebar bila dibaringkan ke mod landskap, dan sedikit panjang pada mod portrait.

Anda juga boleh terasa yang fon ini tidak ringan macam biasa tetapi ia masih tetap rasa sesuai untuk dipegang dalam tangan. Melainkan anda tidak suka permukaan plastik yang senang perangkap habuk dan cap jari. Kami mengesyorkan untuk mengenakan sarung.

Dari sudut gaming, ujian-ujian awal kami memperlihatkan prestasi yang memuaskan.

Ini bukan fon yang direka untuk gaming. Namun, jika anda mahu pakai fon ini untuk kegunaan harian, ianya mampu main game. Kami akan kongsikan hasil ujian kami dalam ulasan penuh yang bakal datang nanti. Apa-apa game yang kami lontarkan kepada Galaxy A32 5G, buat masa sekarang, boleh sahaja dimainkan tanpa sebarang isu.

Fungsi paling penting fon ini adalah keupayaannya untuk menggunakan rangkuman 5G- lebih pantas daripada rangkuman 4G LTE sedia ada untuk peranti-peranti setakat ini. Malaysia belum lagi ada rangkaian 5G. Dan faktor ini kami akan ulas lebih panjang dalam ulasan penuh nanti.

Setakat ini, Samsung Galaxy A32 5G kelihatan seperti fon kelas pertengahan yang baik, asalkan anda tidak mula membanding-banding spesifikasi dengan Galaxy A32 biasa. Kami akan terbitkan ulasan penuh untuk fon ini dalam masa terdekat.

Unit review ehsan Samsung Malaysia

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.