


Pantaskan Web php anda dengan HHVM
hasnan April 5, 2016 0 Berita , Linux , Pengaturcaraan , Sistem Pengoperasian , Sumber TerbukaHHVM adalah projek sumber terbuka yang telah di bangunkan oleh pihak facebook untuk menjadikan proses kod php lebih laju dengan melarikan kod php kepada kod c++ dan menghasilkan ‘bytecode’ . Proses ini akan menjadikan pemprosesan kod php lebih laju . Ia mengunakan teknologi yang di beri nama JIT yang mengubah kod dalam masa nyata.
Namun begitu untuk digunakan dengan sistem atau laman php anda , ia perlu lah di uji dahulu supaya semua fingsi yang anda gunakan berjalan dengan lancar sebelum anda boleh menjadikan ia sebagai pelayan utama. Kebanyakan dari fungsi-fungsi utama PHP adalah di sokong tetapi terdapat beberapa fungsi yang tidak dapat berfungsu dengan baik. Pada masa akan datang anda boleh mengunakan dengan versi php 7 yang mana pasti kelajuan yang akan dicapai lebih dari sekarang.
Buat masa sekarang , pakage yang tersedia adalah untuk destro debian dan ubuntu . Bagi distro lain masih tiada perkembangan dikongsikan.
Untuk maklumat lanjut dan manual bantuan boleh layari hhvm.com