Papan Kekunci Mekanikal Razer BlackWidow V2 Dilancarkan

Papan kekunci mekanikal menjadi pilihan golongan pemain PC tegar kerana ia mengesan tekanan lebih tepat, pantas dan tahan lasak berbanding kekunci membran. Razer BlackWidow yang dilancarkan pada tahun 2010 digunakan oleh ramai atlet e-sukan profesional. Selepas tujuh tahun akhirnya Razer BlackWidow V2 Chroma dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan.

Ia masih menggunakan suis Razer tetapi dengan pilihan Razer Green, Razer Orange dan Razer Yellow. Setiap suis masih memenuhi piawai 80 juta tekanan sebelum mengalami kerosakan. Sistem warna Chroma yang memaparkan 16.8 Juta warna turut disokong. Penambahbaikan lain ialah tempat meletakkan tangan baru yang bersambung secara magnetik untuk meningkat keselesaan ketika menaip. Razer BlackWidow V2 Chroma dijual pada harga $ 169.99 (~RM 755) sebuah.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.