Papan Kekunci Mekanikal Terbaru Dari Armaggeddon Diperkenalkan – MKA 13R & MKA 11R

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Dan hanya perwira papan kekunci yang menggemari papan kekunci mekanikal. Ini kerana papan kekunci mekanikal memberikan maklumbalas yang lebih responsif dari papan kekunci biasa.

Jenama dibawah Leapfrog yang memfokuskan peranti aksesori untuk perwira papan kekunci dalam dunia permainan adalah Armaggeddon dan pada acara Leapfrog Megatrends, mereka telah memperkenalkan dua papan kekunci mekanikal terbaru iaitu MKA 13R dan juga MKA 11R

Armaggeddon MKA 13R

Papan kekunci mekanikal MKA13R merupakan papan kekunci yang paling berspesifikasi tinggi dalam kesemua siri dari Armaggeddon. Ia hadir dengan kekunci disaluti bahan Kevlar, iaitu bahan yang digunakan untuk pembuatan jaket kalis peluru. Dengan bahan ini, tulisan huruf pada kekunci tersebut dijamin tidak akan luntur sepanjang hayat.

Selain dari ciri tersebut, ia mempunyai kepanjangan wayar sepanjang 1.8M dan juga membawakan bicu USB yang disadur emas. Lampu-lampu LED pada papan kekunci ini juga boleh diprogramkan mengikut citarasa pengguna dan papan kekunci ini juga menggunakan kekunci Diamond Tech.

Armaggeddon MKA 11R

Papan kekunci mekanikal kedua yang diperkenalkan dibawah jenama Armaggeddon adalah MKA 11R RGB Raptor. Perbezaan ketara adalah papan kekunci ini tidak membawakan kekunci Diamond Tech. Selain dari itu bicu USB-nya tidak disadur dengan emas dan dikatakan bakal hadir pada harga kurang dari RM 149.

Armaggeddon AK-300X

Selain dari dua papan kekunci mekanikal, satu lagi papan kekunci baru untuk siri Armaggeddon adalah AK-300X, yang disambungkan menggunakan USB, dan turut mempunyai butang-butang kawalan media. Ia tidak memerlukan sebarang perisian dan tahan terhadap sebarang tumpahan cecair padanya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.