Para Pelajar Sekolah Menengah Di Amerika Gagal Peperiksaan Gara-Gara Format Gambar HEIC

Amerika diantara negara yang teruk dibelenggu wabak COVID-19, tetapi beberapa sektor masih lagi berjalan, walaupun semuanya terpaksa dilakukan dari rumah.

Diantaranya ialah sektor pendidikan, dan baru-baru ini, para pelajar sekolah menengah di Amerika baru sahaja menjalani peperiksaan Advanced Placement yang seakan-akan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negara ini.

Salah satu bahagian didalam peperiksaan ini ialah jawapan esei yang boleh dijawab secara digital ataupun manual. Bagi mereka yang memilih untuk menjawab secara manual, mereka perlu memuat-naik jawapan mereka melalui laman web College Board yang akan menerima jawapan tersebut.

Malangnya, terdapat ramai pelajar yang menggunakan iPhone yang menggunakan tetapan foto lalai HEIC (High Efficiency Image File) yang membuatkan saiz fail gambar JPG yang disimpan lebih kecil.

Satu kekurangan yang ketara pada kebanyakan laman mengenai format imej ini ialah mereka tidak menyokong format HEIC kerana ia agak baru. Terdapat banyak contoh dimana para pelajar telah menyatakan bahawa mereka tidak sempat menghantar jawapan ke laman web College Board kerana format gambar yang dihantar tidak disokong, dan menyebabkan mereka gagal peperiksaan yang diambil.

Pihak College Board telah mengeluarkan notis tentang penukaran format HEIC ini, tetapi menurut beberapa pelajar, ia datang terlalu lambat, dan mereka tidak sempat mengubah format tersebut didalam telefon mereka.

College Board mengatakan lagi bahawa peratusan mereka yang gagal peperiksaan tersebut adalah sangat kecil, jadi pelajar yang gagal peperiksaan pertama akibat isu ini malangnya terpaksa mendudukinya sekali lagi dalam masa tiga minggu akan datang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*