TechSemut Malaysia

Parrot Anafi Dilancarkan – Dron Kecil Yang Boleh Dilipat

Parrot Anafi Dilancarkan – Dron Kecil Yang Boleh Dilipat

Parrot Anafi Dilancarkan – Dron Kecil Yang Boleh Dilipat
Jun 07
09:10 2018

Dron-dron awal di pasaran mempunyai saiz yang agak besar yang menyukarkannya untuk dibawa ke tempat yang terpencil. Oleh itu Mavic Pro dikeluarkan oleh DJI dua tahun lalu dengan tubuh yang boleh dilipat bagi memudahkannya dibawa di dalam beg misalnya. Parrot Anafi yang dilancarkan hari ini ialah sebuah lagi dron padat yang ingin bersaing dengan Mavic Pro.

Anafi mempunyai rekaan catur-kipas yang boleh dilipat bagi mengelakkan kerosakan apabila diletakkan di dalam tempat simpanan khas. Ia turut mempunyai waktu penerbangan sehingga 25 minit sekali caj, kelajuan terbang sehingga 53 km/j dan dikawal dari jarak sehingga 4 kilometer.

Kamera yang digunakan menggunakan sensor 1/2.4’’ 21-Megapixel CMOS keluaran Sony yang boleh merakam video pada tetapan 4K. Sistem gimbal yang digunakan membolehkan kamera berputar sebanyak 90 darjah ke atas dan 90 darjah ke bawah. Parrot Anafi ini dijual pada harga $700 (~RM 2783) sebuah.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com