Parrot Memperkenalkan Model Baru Anafi, Mampu Merekod Video 4K, Serta Mengikuti Anda

Syarikat Parrot mengumumkan peranti terbaru dalam barisannya hari ini, iaitu model bernama Anafi. Ia adalah peranti kompak, dan mempunyai berat hanya 320 gram sahaja. Ia adalah perubahan yang ketara dari model drone utama mereka yang sebelum ini, iaitu Bebop 2, yang tidak boleh dilipat, serta mempunyai berat 500 gram. Pihak syarikat Parrot menyatakan, ia telah membuat pelbagai peningkatan dalam masa dua tahun sejak pelancaran model Bebop 2, termasuk sambungan sistem yang lebih baik, dan fungsi kamera yang telah dinaik taraf.

Anafi mempunyai ciri kamera 21 megapiksel, gimbal yang boleh diputar 180 darjah, kemampuan merekod video dalam bentuk HDR 4K pada 30 fps, atau 1080p HDR pada 60 fps. Pihak Parrot turut berkata lagi, kamera tersebut mampu untuk zoom sehingga tiga kali ganda, tetapi dalam mod kualiti penuh HD, hanya dua kali ganda sahaja ia menyokong.

Dalam versi aplikasi terkini, pengguna boleh memilih samada untuk mengambil foto dalam 21 atau 12 megapiksel, dan boleh menyesuai mod video mereka. Model Anafi ini juga mempunyai keupayaan untuk merakam video dalam bentuk hyper lapse, iaitu mempercepatkan rakaman sehingga 240 kali, turut mempunyai mod slo-mo, dan kemampuan untuk merekod video sehingga 60 fps. Kamera ini secara mekanikal dan digital mampu untuk menstabilkan tangkapan foto.

Seperti model drone lain di pasaran, Anafi kini boleh mengikuti pengguna ketika berjalan, dengan menggunakan sistem teknologi pengecaman badan pengguna.

Dron ini mampu bertahan sehingga 25 minit dalam satu masa cas, serta baterinya juga boleh ditukar ganti. Untuk bateri tambahan, ianya akan berharga $99, dan baterinya boleh dicas menggunakan kabel USB-C dan mempunyai sistem pengecasan pantas.

Untuk bateri penuh, ia memerlukan masa satu jam setengah untuk cas. Ia mempunyai sistem pintar untuk memberikan jangkaan kuasa dan masa yang diperlukan untuk kembali ke tempat asal perlepasan, sekiranya bateri sudah lemah. Dalam mod terbang, ia boleh mencapai sehingga 32mph dalam mod sukan, dan mempunyai ketahanan angin sehingga 33mph. Semua kawalan dan ciri dari dron ini boleh diakses melalui aplikasi FreeFlight 6, di stor aplikasi.

Pihak syarikat Parrot mengumumkan bahawa harga model dron ini adalah $699.99 sahaja, dan akan dijual bermula tarikh 1 Julai 2018 nanti.

Pesaing utama mereka ketika ini adalah syarikat DJI, yang juga turut mempunyai model dron yang mudah dilipat. Iaitu model Mavic Air yang berharga $799 dipasaran, mempunyai kemampuan untuk merekod video dalam kualiti 4K, dan mampu pergi sehingga jarak 4KM. Perbezaan ketara antara kedua-dua model dron ini adalah, Mavic Air dari DJI mempunyai kerangka khas untuk melindungi bilah, manakala Parrot Anafi tidak.

sumber : http://techoais.com/

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.