Pas Pengangkutan Awam Bulanan Tanpa Had RM100 Bakal Diperkenalkan Pada 1 Januari 2019

Salah satu masalah penggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ialah harga tambang yang boleh dikatakan agak mahal.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan memperkenalkan pas bulanan RM100 dimana penumpang boleh menaiki pelbagai perkhidmatan awam seperti perkhidmatan rel dan bas dibawah syarikat RapidKL tanpa had.

Menurut Lim Guan Eng, kerajaan akan memperuntukkan RM240 juta untuk meringankan beban rakyat yang selalu perlu menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Tiada butiran mengenai pas ini buat masa ini. Mungkin RapidKL akan menjenama-semula pas MyRapid mereka untuk memuatkan pas baru ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.