TechSemut Malaysia

Pasang Web Server dengan Ubuntu dalam masa 15 minit: Pemasangan dan Konfigurasi Bahagian Pertama

Pasang Web Server dengan Ubuntu dalam masa 15 minit: Pemasangan dan Konfigurasi Bahagian Pertama

Pasang Web Server dengan Ubuntu dalam masa 15 minit: Pemasangan dan Konfigurasi Bahagian Pertama
Januari 29
15:40 2017

Artikel sebelum ini telah menyentuh persediaan pemasangan web server dengan menggunakan perisian VirtualBox.  Artikel kali ini pula akan menerangkan pemasangan Ubuntu Linux Server Edition dengan menggunakan VirtualBox yang telah dipasang sebelum ini.  Komponen yang akan dipasang termasuklah:

  • Sistem pengoperasian Linux berasaskan distribution Ubuntu Server Edition versi 12.10.  Versi ini dan versi yang lebih terkini boleh dimuat turun dari laman web Ubuntu.  Download imej ISO dan burn imej ke DVD.  Dalam artikel ini, kita juga boleh pasang melalui imej ISO ini tanpa burn ke DVD.
  • Perisian Apache web server versi 2.2.22
  • Server pangkalan data MySQL versi 5.5.22
  • Modul PHP 5.3.10.  Modul ini akan dipasang sebagai sebahagian daripada modul Apache web server.

Ok, mari kita mulakan proses pemasangannya…  Pemasangan dalam artikel ini ada 2 bahagian di mana bahagian pertama adalah konfigurasi yang diperlukan pada perisian VirtualBox manakala bahagian ke dua adalah pemasangan sistem pengoperasian Ubuntu Linux.  Bagi yang hendak memasang secara terus ke dalam komputer baru tanpa sistem pengoperasian, kita boleh skip terus ke bahagian ke dua.

Pemasangan server dan konfigurasi ini lebih dikenali sebagai LAMP iaitu Linux, Apache, MySQL dan PHP.

BAHAGIAN PERTAMA

1. Mulakan program VirtualBox…

Program akan dijalankan seperti imej di atas.  Abaikan senarai sistem pengoperasian seperti imej di atas kerana jika perisian baru dipasang, tiada sistem pengoperasian yang telah dipasang dalam VirtualBox.

2. Klik menu “New” untuk mula memasang:

3.  Masukan nama sistem pengoperasian yang hendak dipasang, pilih jenis Linux dan distribution yang berkaitan dan tekan buttonNext“:

4.  Masukan saiz memory yang hendak digunakan.   Saiz memory ini akan diperuntukan dari keseluruhan RAM komputer kita… Bagi tujuan pembelajaran, 512 Mb dah cukup. Tekan butang “Next“..

5. Langkah seterusnya adalah membina hard drive maya.  Pilih default seperti berikut dan tekan butang “Next”..

6. Pilih jenis hard drive, juga pilih default sahaja dan tekan butang “Next“:

7.  Pilih ciri-ciri hard drive maya yang hendak digunakan, sama ada kekal dengan saiz yang dipilih dari awal atau boleh berkembang sehingga saiz yang dipilih.  Pilih default seperti berikut dan tekan butang “Next“:

8.  Pilih saiz storan atau hard disk yang hendak digunakan dan tekan butang “Create“.  Saiz hard disk 8Gb cukup la untuk belajar..

9.  Ok selesai dan sistem pengoperasian baru yang hendak dipasang boleh didapati di dalam senarai sistem pengoperasian seperti berikut:

Untuk memulakan pemasangan, klik sistem pengoperasian tersebut seperti gambarajah di atas.

10. Setelah itu, pilih lokasi imej ISO yang dimuat turun sebelum ini atau lokasi DVD komputer kita yang telah dimasukan DVD Ubuntu Linux Server Edition dan tekan buttonStart“:

11.  BIOS VirtualBox akan dimulakan sebagaimana komputer kita dimulakan secara fizikal:

Sekarang kita akan memasang sistem pengoperasian Ubuntu Linux Server Edition dalam bahagian ke dua.  Pemasangan adalah sama sahaja jika kita menggunakan komputer yang belum mempunyai sebarang sistem pengoperasian.

AMARAN: Jangan lakukan pemasangan pada komputer yang telah mempunyai sistem pengoperasian seperti Microsoft Windows Vista/7/8 kerana ia akan merosakkan pemasangan sistem pengoperasian sedia ada.  Gunakan komputer yang belum dipasang apa-apa sistem pengoperasian atau komputer lama yang sudah tidak digunakan lagi (pastikan data-data penting telah disalin atau backup terlebih dahulu).

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com