Berita Menarik

Pat Gelsinger Akan Menggantikan Bob Swan Sebagai CEO Di Intel

Pembaca : 21
0 0

Intel, syarikat pembangun semikonduktor dan cip yang terkenal untuk cip-cip pemprosesan yang menguasakan komputer desktop, komputer riba dan mesin pelayan kini boleh dikatakan sedang berada dalam satu situasi kritikal dimana mereka sedang ditinggalkan oleh nama-nama cip pemprosesan lain seperti AMD, NVIDIA dan Qualcomm.

Bob Swan, yang mengambil-alih jawatan CEO daripada Brian Krzanich pada tahun 2018 kini nampaknya akan meletakkan jawatan beliau tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Pat Gelsinger, yang akan meninggalkan jawatan beliau sebagai CEO di VMWare untuk mengambil-alih jawatan eksekutif tertinggi di Intel.

Pemilihan Pat Gelsinger sebagai CEO baru di Intel bukanlah sesuatu yang berlaku secara rawak. Sebelum memegang jawatan CEO di VMWare, beliau mempunyai sejarah selama 30 tahun di Intel, dimana beliau bekerja dibawah pengasas-pengasas syarikat tersebut, termasuklah Robert Noyce, Andrew Grove dan juga Gordon Moore.

Sebelum mengambil-alih jawatan CEO, Pat Gelsinger sebelum ini juga merupakan ketua pegawai teknologi yang pertama di Intel yang telah memulakan beberapa projek besar seperti pembangunan teknologi USB, WiFi dan cip pemprosesan yang kini dikenali sebagai Intel Core dan Intel Xeon.

Pat Gelsinger akan dilantik menjadi CEO pada Februari 15 kelak, dimana ia diharap bahawa pengalaman beliau dalam industri semikonduktor, pemprosesan dan perkomputeran akan membawa Intel keluar dari kemelut yang sedang dilalui mereka.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.