Samsung dijangka mula menjual peranti skrin boleh lipat Galaxy X mereka penghujung awal 2018. Ia hanya akan dijual dalam jumlah terhad bagi mengukur minat pasaran sama seperti yang dilakukan pada Galaxy Round sebelum ini. Sebuah paten baru sahaja difailkan oleh Samsung dan menunjukkan rekaan peranti ini dengan lebih jelas.

Seperti paten sebelum ini, Galaxy X ialah peranti dengan engsel di bahagian tengah. Apabila dibuka, dua skrin yang digunakan akan menjadi sebuah skrin memanjang. Mekanisme engsel turut dipatenkan dengan rekaan seperti runut kereta kebal. Apabila dilipat, peranti tidak ditutup sepenuhnya dengan ruang pada engsel. Ini membezakannya dari rekaan clamshell biasa Samsung W2017.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.