Patutkah Penyedut Minuman Plastik Diharamkan?

Oleh Farah Aziz
Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor

Tindakan Kementerian Wilayah mengumumkan pengharaman penggunaan penyedut minuman (straw) plastik baru-baru ini mungkin menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peniaga dan pengguna. Mengapa straw? Sedangkan masih banyak barangan plastik lain yang boleh menjadi penyebab kepada pencemaran alam sekitar.

Menurut laporan University City High School Commander, berdasarkan laman sesawang mengenai larangan straw, jika tiada tindakan yang diambil sekarang, menjelang tahun 2050 akan ada lebih banyak plastik di lautan berbanding ikan. Straw plastik berakhir di lautan melalui aktiviti seperti pembuangan sampah, ditiup keluar daripada tong sampah atau ditinggalkan di pantai. Straw plastik juga merupakan salah satu daripada sepuluh item yang ditemui semasa pembersihan pantai.

Menurut laman sesawang syarikat yang bertanggungjawab untuk membersihkan pantai, straw plastik mengambil masa 200 tahun untuk mengurai. Malah, selepas terurai ia menjadi mikrofam dan tidak boleh diuraikan sepenuhnya.

Tanpa disedari, straw plastik adalah ancaman yang lebih besar kepada kehidupan marin. Kira-kira 71 peratus burung laut (seabirds) dan 30 peratus penyu telah dijumpai dengan plastik di perut mereka. Apabila mereka menelan plastik, kehidupan marin mempunyai kadar kematian 50 peratus lebih tinggi.

Menurut Free Malaysia Today, Radio New Zealand (RNZ) menyatakan bahawa Malaysia telah menjadi tempat lambakan bagi New Zealand, Australia dan United Kingdom untuk membuang sisa plastik.

Selepas China yang sebelumnya menerima kira-kira 50% daripada import plastik buangan yang diharamkan dunia bermula tahun ini, Malaysia telah menjadi “alternatif popular”.

Sementara itu, Reuters juga melaporkan bahawa import tahunan skrap plastik ke Malaysia melonjak kepada 450,000 hingga 500,000 tan metrik pada 2017 daripada 288,000 tan metrik pada 2016.

Ia terus menyatakan bahawa Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand adalah antara negara-negara Asia Tenggara yang telah menarik minat pelabur China dalam sektor kitar semula plastik sepanjang tahun lalu, yang ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan di China.

Kredit foto – gettyimages

1043total visits,486visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.