Pelagak Ngeri Terbunuh Ketika Cuba Membuktikan Bumi Adalah Rata Menggunakan Roket Buatan Sendiri

Fakta sains menyatakan bumi adalah berbentuk sfera. Fahaman bumi sfera ini telah wujud sejak abad ke-lima sebelum Masihi. Namun begitu terdapat pergerakan yang percaya bumi sebenarnya adalah rata dan pelbagai eksperimen sains cuba dilakukan bagi membuktikan fahaman mereka.

Salah seorang pengikut fahaman bumi rata ini ialah Mike Hughes yang berasal dari Amerika Syarikat. Tahun lalu beliau mengumumkan pelan untuk melancarkan roket buatan sendiri dan mengambil gambar dari angkasa lepas. Dari foto yang diambil sendiri ini beliau akan membuktikan bumi adalah rata. Malang sekali Mike Hughes telah terkorban semalam dalam ujian pelancaran roket yang dilakukan di Barstow.

Roket yang dilancarkan menggunakan kuasa stim berjaya dilancarkan tetapi payung terjun yang sepatutnya digunakan semasa pendaratan telah dilepaskan terlalu awal. Akibatnya roket yang dinaiki Hughes terhempas dari ketinggian melebihi 5000 kaki. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum menjadi seorang pembina roket buatan sendiri, Hughes adalah seorang pelagak ngeri yang memang rekod Guinness lompatan kereta limousin paling jauh.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*