Pelajar Jerman Cipta Sarung Telefon Pintar Cegah Kerosakan

  • Sarung telefon Pelentur Aktif (Active Damping Phone Case) pintar ciptaan seorang penuntut di Jerman telah dipatenkan sebagai alternatif sarung telefon yang ada di dalam pasaran sekarang.
  • Sarung telefon AD masih diperingkat prototaip dan belum muncul di pasaran. Ia memiliki sensor pengesan yang akan mengaktifkan fungsi spring lantunan apabila mengesan telefon dalam posisi jatuhan. Apabila telefon mencecah lantai spring lantunan akan menghalang telefon daripada mengalami kerosakan dan retak
  • Apabila diambil kembali, spring tersebut akan kembali ke posisi asal

Phillip Frenzel mungkin mengalami masalah dengan sarung telefon yang berada di pasaran kini. Beliau mendapat idea menghasilkan Sarung telefon Pelentur Aktif (Active Damping Phone Case). Ia didatangkan bersama pengesan yang mampu mengesan  telefon dalam posisi jatuhan, seterusnya mengaktifkan spring lantunan yang dipasang bersamanya. Apabila telefon mencecah lantai, ia mampu menghalang kerosakan atau kesan calar pada telefon. Apabila diambil semula, spring lantunan tersebut akan kembali ke posisi asal.

Sarung telefon Pelentur Aktif ini belum ada di pasaran. Walaubagaimanapun, ia telah didaftarkan sebagai harta intelek milik Phillip Frenzel dan mendapat anugerah dari German Society for Mechatronics.

Tonton video di bawah.

Sumberhttps://www.businessinsider.my/philip-frenzel-ad-active-dampening-phone-case-2018-6/?r=US&IR=T

274total visits,274visits today

Write a Comment

view all comments

*