Pelan Pascabayar Tanpa-Had Unifi Mobile Kembali Dengan Harga Langganan Bermula RM99

Bersama-sama perkongsian internet talian tetap, Telekom Malaysia turut berkongsi mengenai Unifi Mobile mereka. Selain penawaran pakej Bebas mereka, kini TM turut mengumumkan penawaran tanpa had untuk Unifi Mobile.

Ditawarkan dalam bentuk pelan pascabayar, pendaftaran untuknya akan ditawarkan bermula 15 Julai 2018 ini pada harga langganan RM99 sebulan.

Unifi Mobile Postpaid

Melalui pakej dinamakan Unifi Mobile Postpaid, pengguna akan menerima akses data LTE tanpa-had, penawaran 10GB LTE untuk hotspot, panggilan tanpa had, SMS tanpa had, dan tanpa sebarang kontrak.

Bagi anda yang bertugas sepanjang masa di luar, dan memerlukan pelan data tanpa had dengan penawaran panggilan dan SMS, ini mungkin pelan untuk anda.

Telekom Malaysia mengatakan penawaran harga ini adalah eksklusif untuk pelanggan Unifi Home dan Streamyx sedia ada sahaja.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.