Pelancar Pixel Launcher Dari Pixel 3 Kini Boleh Dimuat Turun

Pixel Launcher adalah pelancar daripada Google khusus untuk peranti Pixel atau mana-mana peranti Android yang yang hampir dengan Android asli seperti Android One.

Kini, Pixel 3 dilancarkan dan semestinya segala aplikasi dan fungsi serta ciri adalah yang baru. Pixel Launcher buat Pixel 3 hadir dengan bar carian Google dengan akses pintas Google Assistant. Jadi, untuk sesiapa yang berminat boleh memuat turunnya untuk cuba.

Saya mencuba pada Xiaomi Mi 6 dengan custom ROM Pixel Experience Android 9.0 Pie – dan ia berfungsi dengan baik dan lancar.

Muat Turun: Pixel Launcher Pixel 3 Di Sini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.