Berita Menarik

Pelancaran iPhone 12 Mungkin Ditangguh Selama Beberapa Bulan

Pembaca : 6
0 0

Setiap tahun bulan September dinantikan oleh peminat Apple kerana ia bulan dimana iPhone terkini akan dilancarkan secara rasmi. Pengumuman akan ditonton secara atas talian bagi melihat ciri baharu yang diperkenalkan pada model terkini. Tetapi menurut laporan Nikkei pagi ini, pelancaran iPhone 12 mungkin ditangguhkan tahun ini selepas memetik beberapa sumber.

Menurut mereka Apple sedang mempertimbangkan langkah ini kerana situasi wabak Covid-19 yang sedang mengubah dunia. Dengan keadaan ekonomi yang akan terjejas teruk pasca Covid-19, permintaan untuk model iPhone  terkini dengan sokongan 5G berkemungkinan besar adalah rendah. Apple turut dipercayai menghadapi pelbagai masalah untuk menghasilkan prototaip kerana tidak boleh terbang ke China.

Dengan pelbagai acara besar telah dibatalkan atau ditangguh ke tahun 2021, penangguhan pelancaran iPhone mungkin bukanlah sesuatu yang mustahil. China telah semakin pulih selepas perintah berkurung dikenakan tetapi di Eropah dan Amerika Utara situasi semakin runcing.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.