Pelancaran Nokia 6300 4G & Nokia 8000 4G ! | Berita TechSemut

Baru-baru ini, Nokia telah melancarkan dua telefon baru yang menjanjikan kenangan di zaman awal kemunculan telefon Nokia iaitu Nokia 6300 4G dan Nokia 8000 4G. Kedua-dua telefon ini diinspirasikan dari telefon Nokia terdahulu namun didatangkan dengan ciri-ciri yang lebih moden di tahun 2020.

Kedua telefon ini dijalankan oleh system operasi KaiOS, berkongsi cip pemprosesan yang sama iaitu Snapdragon 210, dan semestinya mempunyai rangkaian 4G.

Untuk model 6300 4G dilihat sama dengan rekaan model Nokia klasik 6300 yang dilancarkan pada 2017. Iainya mempunyai skrin bersaiz 2.4 inci LCD dengan resolusi 320×240 dan terdapat satu kamera VGA dibelakang. Memori dalaman bersaiz 4GB yang boleh ditambah dengan slot microSD sehingga 32GB.Seperti telefon klasik Nokia, anda boleh mencabut bateri sebesar 1500mAh yang boleh dicas dengan micro USB dan mampu bertahan sehingga 25 hari dengan sekali cas. Tidak dilupakan 3.5mm headphone jack dan penerima FM radio. Antara ciri moden lain ialah mempunyai 4G hotspot, menyokong Google Assistant serta boleh menggunakan aplikasi seperti Facebook, Youtube dan paling penting iaitu Whatsapp. Harga rasmi yang dikeluarkan di Eropah ialah 43 Euro ataupun RM238 ringgit.

Beralih ke Nokia 8000 4G, iainya mempunyai skrin QVGA bersaiz 2.8 inci, memori sebesar 4GB juga boleh ditambah dengan slot microSD, 3.5mm headphone jack, penerima FM radio serta kamera belakang bersaiz 2 megapixel. Nokia 8000 4G juga mempunyai ciri-ciri moden seperti boleh membuka aplikasi Facebook, Youtube dan Whatsapp dan apa juga aplikasi yang dapat dicari dalam kedai KaiOS. Mempunyai bateri bersaiz 1500 mAh yang boleh dicas dengan microUSB iainya didatangkan dengan harga rasmi di Eropah iaitu 79 Euro ataupun RM385 ringgit.

Walaubagaimanapun, masih belum terdapat berita kedua-dua model ini akan dikeluarkan di Malaysia, tetapi seperti kebiasaannya Nokia tidak akan mengeluarkan Malaysia dari senarai penerima model telefon terbaru keluaran mereka.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Write a Comment

view all comments

*