Pelancaran roket SpaceX gagal, Hololens berkecai

Sudah baca entri saya yang lepas mengenai NASA membawa kit Microsoft Hololens ke ruang angkasa? Seperti yang dirancang, misi penghantaran bekalan tersebut adalah pada hari Ahad dengan menggunakan roket Falcon 9 dan kapsul Dragon. akan tetapi misi bekalan semula itu gagal sepenuhnya apabila roket tersebut meletup pada minit kedua di udara pada kelajuan lebih 3000KM/h.

https://twitter.com/StationCDRKelly/status/615169254392856576/photo/1

Misi pelancaran CRS-7 adalah misi menghantar bekalan ke International Space Station (ISS) dengan menggunakan roket dan capsul tanpa pengemudi manusia. Microsoft Hololens adalah antara bekalan yang bakal di hantar, tetapi misi gagal sepenuhnya. Pihak NASA masih menyiasat punca kejadian.

Dilihat roket tersebut mengeluarkan asap putih yang tebal sebelum ia meletup dan terus berkecai di ruang udara bumi. Mengikut pada skrin paparan, pada saat itu roket Falcon 9 memasuki fasa MAX-Q ataupun mengalami sejumlah besar tekanan aerodinamik yang ekstrem. Setelah beberapa jam kemudian, CEO SpaceX mengatakan bahawa kejadian itu berpunca daripada tekanan melampau pada tangki cecair oksigen.