Astro sejak kebelakangan ini mula memfokuskan kepada arena penstriman dengan menggalakkan pengguna menggunakan platform Astro Go. Perkara ini mula dilihat selepas Astro memperkenalkan Astro Ultra Box yang memfokuskan kandungan 4K dan perlu distrim. Sistem dalam dekoder juga telah berbeza dan banyak bergantung pada Internet.

Terkini, untuk pelanggan Astro baharu – anda kini boleh terus mengakses Astro Go walaupun dekoder belum dipasang lagi. Sementara menanti wakil Astro tiba ke rumah anda untuk pemasangan, muat turun aplikasi Astro Go pada peranti Android atau iOS anda atau terus strim melalui komputer. Gunakan butiran akaun yang Astro telah sediakan kepada anda selepas melakukan langganan.

Astro menawarkan perkara ini kerana mereka menjangka akan ada kelewatan dalam proses pemasangan disebabkan pandemik Covid-19. Jadi pelanggan boleh terus menikmati kandungan Astro dengan pantas dan mudah. Melalui kemudahan ini, pelanggan akan mempunyai akses kepada saluran TVN untuk akses siri TV korea, Astro Ceria dan Astro Ria untuk akses Upin & Ipin dan Ejen Ali, HBO untuk saksikan pelbagai siri TV menarik, saluran Astro Tutor TV untuk kemudahan PdPR dan banyak lagi.

Terapat 60,000 kandungan ditawarkan, 200GB storan awan percuma serta kemampuan muat turun kandungan untuk akses luar talian melalui Astro Go.

Muat Turun Aplikasi Astro Go Di Play Store

Muat Turun Aplikasi Astro Go Di App Store

Tekan Sini Untuk Akses Melalui Pelayar Web

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.