TechSemut Malaysia

Pelayan Komputer Universiti Cambridge ‘crash’ gara-gara Tesis PhD Stephen Hawking

Pelayan Komputer Universiti Cambridge ‘crash’ gara-gara Tesis PhD Stephen Hawking

Pelayan Komputer Universiti Cambridge ‘crash’ gara-gara Tesis PhD Stephen Hawking
November 06
04:01 2017

Tesis PhD Stephen Hawking setebal 143 mukasurat berjudul ‘Properties of Expanding Universes‘ yang dibentangkan pada tahun 1965 buat pertama kali boleh dimuat turun secara online pada 23 Oktober lalu.

Walaubagaimanapun, akibat terlalu ramai pengunjung yang berpusu-pusu memuat turun tesis secara online yang ditempatkan di pelayan komputer Universiti Cambridge, mengakibatkan pelayan komputer tersebut terganggu dan ‘crash’ beberapa ketika.

Akhbar The Guardian melaporkan, pada 24 jam pertama seramai 60,000 pengunjung portal universiti Cambridge memuat turun tesis tersebut. Menurut Stuart Roberts, Timbalan Ketua Penyelidikan Komunikasi Universiti Cambridge, perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini. Menurut beliau lagi, tesis-tesis popular lain hanya dilihat sekitar 100 pengunjung dalam masa sebulan.

Secara ringkas, kajian kedoktoran Stephen Hawking menumpukan kepada kesan dan implikasi terhadap pengembangan alam semesta. Antara hasil kajian beliau ialah, galaksi-galaksi tidak terbentuk melalui gangguan atau perubahan yang kecil pada asalnya. (pertubation)

Credit: University of Cambridge/Stephen Hawking
Credit: University of Cambridge/Stephen Hawking
Credit: University of Cambridge/Stephen Hawking

Hawking yang juga penulis bestseller ‘A Brief History of Time‘ dan beberapa buku lain bersetuju membenarkan tesis PhD beliau diakses secara percuma buat pertama kali sempena Open Access Week 2017. Selain itu, beliau memberi isyarat agar kerja-kerja akademik dikongsikan secara percuma kepada awam. Memetik kenyataan beliau;

“By making my PhD thesis Open Access, I hope to inspire people around the world to look up at the stars and not down at their feet; to wonder about our place in the universe and to try and make sense of the cosmos. Anyone, anywhere in the world should have free, unhindered access to not just my research, but to the research of every great and enquiring mind across the spectrum of human understanding.”

Dalam satu temubual, Hawking mengatakan bahawa minat orang ramai terhadap tesis tersebut adalah satu perkara yang baik. Mereka menunjukkan minat mendalam tentang apa yang berlaku di dalam kajian saintifik yang melibatkan alam semesta.
Ujar beliau lagi, setiap generasi menurut jejak langkah saintis-saintis terdahulu yang telah meninggalkan kita. Apa yang dilakukan oleh beliau sewaktu muda di Cambridge  teinspirasi dari hasil kerja-kerja Isaac Newton, James Clerk Maxwell dan Albert Einstein.

Kepada yang berminat untuk memuat turun tesis PhD Profesor Stephen Hawking, boleh kunjungi laman web https://www.repository.cam.ac.uk/handle/1810/251038 

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com