Pelayar Web Microsoft Edge Akan Hadir Ke macOS

Bersama-sama pengumuman perubahan penggunaan enjin untuk pelayar web Microsoft Edge, hari ini Microsoft turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan pelayar web Edge untuk platform macOS.

Langkah ini diambil oleh Microsoft dalam memudahkan para pembangun di macOS untuk mengoptimasikan dan memudahkan pembangunan – dan tidak lagi perlu dwi-boot ke Windows untuk mengujinya.

Versi untuk macOS ini dijangka diperkenalkan oleh Microsoft bersama-sama pengenalan Microsoft Edge baharu menggunakan enjin Chromium.

Selain untuk macOS, Microsoft juga dijangka memperkenalkan pelayar web ini untuk Windows 7 dan juga Windows 8.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.