Opera sedia memperlihatkan konsep Opera Neon yang mengintegrasikan Facebook Messenger pada bahagian tepi, sekaligus memudahkan proses berkomunikasi dan pada masa yang sama melayari web. Kini, selepas memperlihatkan konsep berkenaan, fungsi tersebut diperkenalkan secara rasminya melalui kemaskini Opera untuk desktop hari ini.

Opera Messenger

Opera untuk desktop kini menyediakan akses pantas untuk Facebook Messenger, WhatsApp dan Telegram. Seperti biasa, ia menawarkan versi web, dan memaparkan ia dalam bentuk tetingkap bersaiz kompak tersendiri. Ini memberikan kemudahan kepada pengguna untuk melayari web, dan pada masa yang sama turut berkomunikasi menggunakan sebarang aplikasi permesejan yang selesa untuk anda.

Selain daripada ciri ini, integrasi fungsi seperti VPN percuma, dan sokongan penghalang iklan turut hadir pada pelayar web Opera untuk desktop ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mengemaskini pelayar web Opera anda hari ini, dan menggunakan ciri-ciri baru yang ditawarkan ini,

Muat-Turun Opera Browser untuk Desktop

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.