Pelayar Web Samsung Untuk Android Kini Hadir Dengan Penghalang Iklan Dan Tema Gelap

Samsung hari ini telah melancarkan pelayar web Samsung Internet mereka untuk pengguna peranti Android, membolehkan sesiapa yang menggunakan telefon pintar Android 5.0 dan terkini untuk memuat-turun dan menggunakannya.

Samsung Internet

Samsung Internet merupakan salah satu pelayar web alternatif untuk peranti mudah-alih, dan menariknya kini ia hadir dengan tema gelap untuk memberikan keselesaan pada mata, selain turut hadir dengan sokongan penghalang iklan secara terbina. Ia turut menyertakan Tracking Blocker untuk privasi tambahan berbanding beberapa pelayar web lain di pasaran.

Pengguna Samsung Internet juga boleh sync data pelayaran mereka ke pelayar web Chrome dengan menggunakan pemalam Samsung Internet untuk Chrome.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Samsung Internet hari ini pada peranti mudah-alih anda.

Muat-Turun Samsung Internet untuk Android

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.