Pelbagai fungsi S Pen dalam Samsung Galaxy Note9

Share Button

Samsung Galaxy Note9, jika tanpa S Pen memang hilang jiwanya.

Kali ini, S Pen terus memainkan peranan penting dalam penggunaan yang banyak fungsinya pada Note9 ini.

S Pen, dalam sejarahnya boleh mengambil nota, mencipta GIF, menterjemahkan barisan teks dan banyak lagi.

Untuk pertama kali pada Note, S Pen terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah bluetooth untuk beberapa kegunaan. Versi sebelum ini menyaksikan S Pen beroperasi pada elektromagnetik iaitu mendekatkannya ke permukaan skrin dan akan mengaktifkan menu.

Tapi kali ini, S Pen lebih baru membebaskannya sebagai pen yang mempunyai banyak tugas.

Misalnya, ia boleh menjadi butang shutter untuk kamera yang diletakkan sejauh 10 meter di atas tripod untuk merakam gambar.

Ya, ia adalah game swafoto yang baru apabila bekerja pada jarak jauh.

Alat kawalan tersebut bukan terhad kepada itu saja. Ia berfungsi untuk main semula video, galeri foto dan pembentangan.

Ada dua cara mudah. Satu klik misalnya akan forward gambar anda ke depan ketika membuka galeri dan tekan dua klik untuk backward kepada gambar sebelum ini.

Fungsi itu juga boleh dilakukan ketika pembentangan Powerpoint.

Manakala ketika menonton filem yang sudah pasti banyak kita lakukan sekarang dengan iflix atau Netflix, anda boleh tekan sekali pada butang S Pen dan ia akan memantaskan video misalnya atau dua klik untuk ulang semula.

Semuanya boleh dilakukan pada jarak jauh. Mudah kan?

S Pen ini bukannya cepat habis bateri dan mengecasnya pula memang pantas. Masukkan dalam slot selama 30 saat saja, sudah siap dicas.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.