Peluang fashionista di KLFW bersama Huawei Nova 3i, 3

Share Button

Sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018, Huawei akan menganjurkan malam HUAWEI Nova Superstar pada 9 Ogos bermula 7 hingga 9 malam.

Bertempat di Pavilion KL, pelbagai pamera fesyen akan dipertontonkan berdasarkan tema empat warna iaitu hitam, putih, ungu dan merah.

Untuk menambahkan kehangatan acara tersebut, Huawei akan menawarkan tiket VIP kepada peminat page Facebook Huawei Mobile untuk turut serta dalam acara ini.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah sertai pertandingan page FB Huawei Mobile untuk memenangi dua tiket percuma seorang dengan lebih 20 tiket diberikan secara eksklusif.

Caranya:

Langkah 1 Like page FB HUAWEI Mobile
Langkah 2 Like pos tentang pertandingan dan kongsinya di Facebook anda (tetapkan pos kepada umum dulu)

Kalau anda peminat Hannah Delisha, peluang hadir ke KLFW juga terbuka luas dengan memenangi tiket VIP melalui laman Instagram beliau. Hanya 5 pasang tiket saja diberikan.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.