Pemandu Perkhidmatan Seru-Pandu Perlu Daftar Lesen PSV Sebelum 12 Julai 2019

Menteri Pengangkutan hari ini mengumumkan yang mana semua pemandu perkhidmatan seru-pandu seperti Grab akan diperlukan untuk mendaftar lesen PSV (Public Service Vehicle) seperti pemandu teksi.

Pemandu perkhidmatan seru-pandu ini akan diberikan tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk mengikuti kursus PSV, dan mendapatkan lesen berkenaan. Pendaftaran PSV ini akan dimulakan mulai awal Januari 2019 kelak, dan dilakukan sehingga 12 Julai 2019 untuk para pemandu perkhidmatan seru-pandu sedia ada.

Selepas tarikh berkenaan, semua pemandu perkhidmatan seru-pandu akan perlu mempunyai lesen pendaftaran PSV, insuran, dan kenderaan yang melalui pemeriksaan sekiranya berusia lebih tiga tahun.

Seperti biasa, Menteri meminta pemandu perkhidmatan seru-pandu agar tidak menantikan minit akhir untuk membuat pendaftaran, dan mendapatkan lesen secepat mungkin.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memposisikan perkhidmatan seru-pandu seperti perkhidmatan teksi, selain pada masa yang sama lebih memberikan perlindungan kepada pengguna perkhidmatan berkenaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.