Pemandu Seru Pandu Tanpa Lesen PSV Boleh Dikenakan Saman, Hukuman Penjara Sehingga Enam Bulan

Bermula 12 Julai 2019, semua pemandu diwajibkan mempunyai lesen Public Service Vehicle (PSV) sebelum mereka boleh memandu untuk perkhidmatan seru-pandu seperti Grab, MyCar dan sebagainya.

Hari ini, melalui laporan New Straits Times, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata bahawa dibawah Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, para pemandu seru-pandu yang tidak menunjukkan lesen PSV mereka boleh dikenakan saman tidak lebih dari RM2000 ataupun hukuman penjara tidak lebih dari enam bulan.

Bukan itu sahaja, kegagalan untuk mempamerkan pelekat perkhidmatan seru-pandu keluaran JPJ juga boleh dikenakan hukuman yang sama dibawah undang-undang Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan Dan Kelakuan Pemandu, Konduktor Dan Penumpang) 1959.

Tanda tanya mengenai siapakah yang akan menguatkuasakan undang-undang seru-pandu bermula hari ini nampaknya telahpun dijawab, dan nampaknya pihak JPJ yang akan memastikan hanya pemandu seru-pandu yang sah yang akan mengambil pelanggan melalui aplikasi-aplikasi seru-pandu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.