Pemasaran Dengan Nama ‘Android’ Tidak Lagi Relevan

Tidak pasti jika pembaca di Amanz sedar atau tidak – semasa acara Made by Google untuk pelancaran Google Pixel 3, Pixel 3 XL dan Google Home Hub, Google langsung tidak sebut perkataan Android. Pelik bukan?

Semasa Pixel dan Pixel 2 dilancarkan iaitu tahun 2016 dan 2017 – wakil Google pasti akan sebut perkataan ‘Android’ atau paling tidak memberitahu versi Android dalam acara mereka. Tetapi untuk Pixel 3 baru-baru ini, mereka tidak menyebut nama ‘Android’ – kenapa?

Android

Menurut sumber, penggunaan nama ‘Android’ untuk pemasaran dan/atau promosi dari Google – kini tidak lagi relevan. Kerana, produk-produk Google kini mensasarkan pelanggan yang fokus akan perkakasan dan perkhidmatan dan bukan lagi perisian. Sudah tentu, kini apabila kita sebut ‘Pixel’ ramai akan tahu ia adalah produk Google dan pasti akan menggunakan Android asli.

Sumber turut berkongsi di mana, wakil-wakil dari Google yang gemar akan nama ‘Android’ membuat bantahan – dan masih membuat perbincangan dalaman untuk membuat keputusan akhir. Tetapi, pelancaran Pixel 3 sudah pun tidak menyertakan nama ‘Android’ – jadi ini mungkin strategi baru mereka.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.