Pembangun Flappy Bird Hadir Dengan Permainan Baru – Ninja Spinki Challenges

Flappy Bird merupakan salah satu permua yang mungkin tidak boleh dilupakan ramai disebabkan oleh kesukaran untuk memainkannya dan mendapat skor. Terkini, pembangunnya dilihat telah hadir dengan sebuah permainan baru yang dinamakan sebagai Ninja Spinki Challenges.

Ninja Spinki Challenges

Melalui permainan ini, pengguna akan memainkan watak seorang Ninja, dan perlu mengelak daripada pelbagai halangan untuk suatu tempoh masa. Ninja Spinki Challenges ini menawarkan tahap berbeza, yang memerlukan pengguna menghabiskannya sebelum membuka tahap permainan baru.

Dan bagi anda yang inginkan lebih cabaran, sebuah mod khusus dinamakan “Endless” disediakan dalam membolehkan pengguna memainkan ia dan melihat berapa lama mereka boleh tahan daripada mengelak pelbagai objek yang hadir.

Bagi anda yang berminat dengan permua ringkas, mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma untuk Android dan iOS hari ini.

Ninja Spinki Challenges

Muat-Turun Ninja Spinki Challenges untuk iOS

Muat-Turun Ninja Spinki Challenges untuk Android

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.