Berita Menarik

Pembangunan Aplikasi Menggunakan Konsep MVC

Pembaca : 35
0 0

mvc

Pengaturcaraan berkongsep MVC kini amat popular di kalangan pembangun-pembangun perisian dan sistem. Bagi pengguna-pengguna sumber terbuka dan mahu menjadikan konsep ini boleh dilaksanakan dengan mengunakan bahasa pengaturcaraan berikut adalah beberapa framework (kerangka sistem) yang boleh digunakan . MVC adalah singkatan bagi M – Module , V – View dan C- Control .

 

1.codeigniter

dibangunkan oleh EllisLab  , kerangka MVC ini dilesenkan dalam ketagori sumber terbuka . Menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP  dan mampu menyokong pelbagai pengkalan data.  Boleh dikatakan kerangka ini adalah pilihan bagi penulis kerana mempunyai struktur yang mudah , ringkas serta dokumentasi yang mudah difahami.

 

 

2. ASP.NET MVC

Microsoft pula tidak ketinggalan dalam hal ini , mereka memperkenalkan ASP.NET MVC . Malah mereka telah menjadikan bahasa ini dalam lesen GPL yang bebas untuk dimuat naik dan digunapakai bersama lesen komuniti mereka.  Anda juga boleh mencipta pelayan ASP.NET yang dimuat naik secara percuma untuk versi komuniti. Atau menggunakan projek mono bersama sistem pengoperasian linux.

 

 

3.Zend

Kerangka yang  bersifat komersial walaupun dilesenkan dengan GPL , untuk mendapatkan semua kelebihannya di sediakan bantuan dan sokongan komersial dan antaramuka pembangunan IDE yang telah direka khas untuk kerangka ini.

 

 

4. Yii

Antara kerangka yang baik tetapi tidak terlalu terkenal bagi pembangun aplikasi.  Direka bagi menjadikan ia pantas, selamat dan profesional. Ia didatangkan bersama kerangka yang diperlukan bagi sistem besar .

 

 

5.  Java Se

Java adalah juara dalam pembangunan MVC,  bermula dari konsep OOP kemudian dikemaskini kepada MVC  malah kebanyakkan kerangka di bawah PHP menjadikan Java sebagai rujukan konsep .

6. Laravel

kerangka yang direka untuk pembangunan aplikasi supaya lebih mudah tetapi tidak mengurangkan kualiti pembangunan aplikasi.  Merujuk kepada konsep yang di bawa oleh Ruby on Rails, ASP.NET MVC, dan  Sinatra

 

7. Cake PHP

  Kerangka MVC yang terkenal di kalangan pengemar dan pengguna sumber terbuka. Namun ianya telah di lesenkan di bawah    MIT  license .

 

 

 

Namun begitu , bagi mengunakan kerangka ini,  anda perlu terlebih dahulu menguasai bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh kerangka ini. Ia seperti anda perlu belajar merangkak dan berjalan sebelum mampu memandu kereta dan kapal terbang yang lebih laju dan pantas. Kepada yang meminati dan pandai dalam pengaturcaraan OOP, pengunaan MVC adalah mudah dan mampu mempercepatkan pembangunan sistem. Namun begitu kerangka seperti zend mempunyai pustaka yang besar dan mengambil masa untuk menguasai fungsi-fungsi yang tersedia .

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %