Pembelian Aplikasi Universal Untuk Mac dan iOS Bakal Diperkenalkan Oleh Apple

Apple kini telah mengumumkan yang mana kelak para pengguna boleh membeli aplikasi dalam bentuk berkas – meliputi iOS, iPad OS, mac OS, dan juga tv OS. Dengan hal ini, ia akan membolehkan pengguna membuat pilihan pembelian aplikasi untuk pelbagai platform – dan seterusnya menggunakan aplikasi berkenaan pada pelbagai peranti Apple tanpa masalah.

Selari dengannya, kini Apple telah menyatakan sokongan khusus untuk pembangun – sekaligus memudahkan lagi urusan pengedaran di App Store, serta memudahkan pengguna untuk membeli berkas sesuatu aplikasi untuk pelbagai peranti.

Pengenalan pembelian aplikasi universal ini akan diperkenalkna bermula Mac 2020 ini oleh Apple.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.