Pembelian Kad Tambah Nilai Google Play, Kini Menawarkan Ganjaran Bonus Untuk Mobile Legends

Google Malaysia telah pun sedia menawarkan kad tambah-nilai untuk Google Play sejak bulan Disember 2018 lepas. Hari ini, pihak Google mengumumkan ia secara rasminya, dan mengatakan kad tambah-nilai ini kini sudah boleh didapati melalui 7-Eleven seluruh negara.

Kad tambah-nilai ini ditawarkan dalam tiga pilihan nilai, iaitu RM50, RM100 dan juga RM200. Sebaik sahaja anda membeli kad tambah-nilai berkenaan, anda boleh menebus nilainya melalui Google Play Store dan memasukkan kod pada kad berkenaan.

Menariknya, bermula 1 Februari 2019 sehingga 28 Februari 2019 ini, pihak Google turut hadir dengan promosi khusus untuk para peminat permainan Mobile Legends : Bang Bang.

Google Play Store Mobile Legends

Bagi anda yang melakukan tambah-nilai dalam tempoh sebulan ini, anda akan menerima ganjaran bonus pada permainan Mobile Legends. Untuk kad tambah-nilai RM50, pemain akan menerima Primary Pack. Begitu juga untuk tambah-nilai RM100 dan RM200 dimana masing-masing akan menerima “Intermediate Pack” dan juga “Elite Pack”. Ganjaran ini akan dipindah secara automatik ke akaun permainan apabila permua Mobile Legends : Bang Bang dilancarkan selepas kad hadiah berkenaan ditebus pada akaun anda.

Sekiranya anda pemain aktif permua Mobile Legends : Bang Bang, mungkin promosi ini salah satu perkara yang tidak ingin dilepaskan anda.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.