Pada hujung minggu yang lepas kami ada melaporkan bahawa kerajaan Malaysia akan memasukkan wang sebanyak RM50 kepada aplikasi dompet digital tempatan melalui program ePenjana.

Tidak banyak butiran yang hadir apabila pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain daripada ia akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun.

Hari ini, Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia telah mengumumkan bahawa RM50 tersebut akan dimasukkan kedalam aplikasi dompet digital mereka yang memuat-turun aplikasi MySejahtera.

Buat masa ini, tiada sebarang butiran yang diberikan tentang bagaimanakah pihak kerajaan akan mengenal pasti mereka yang telah memuat-turun aplikasi tersebut ataupun tidak.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan satu ciapan yang mengatakan bahawa pendaftaran untuk aplikasi tersebut agak sesak buat masa ini, dan meminta orang ramai untuk mencuba kemudian.

Laporan kami mengenai pengumuman pemberian RM50 tersebut juga mengatakan bahawa wang tersebut hanya akan dimasukkan kedalam dompet digital pengguna sekitar bulan Julai kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.