MOUNTAIN VIEW – Sebuah syarikat teknologi “Silicon Valley startup”, Kitty Hawk – yang cuba membuat “kereta terbang”, semalam mengeluarkan satu video tentang sebuah mesin prototaip yang mampu terbang di udara dan mengumumkan perancangannya untuk pengeluaran “mesin terbangan peribadi” akhir tahun ini.

Syarikat Kitty Hawk telah dilaporkan mendapat sokongan dari pengasas Google, Larry Page.

“Misi kami adalah untuk menjadikan impian penerbangan peribadi menjadi kenyataan. Kami percaya apabila semua orang mempunyai akses kepada penerbangan peribadi, satu dunia baru, tanpa had dan penuh peluang akan membuka kepada mereka,” kata dalam satu kenyataan di laman web syarikat Kitty Hawk, yang juga berpangkalan bersama syarikat Google di Mountain View, California.

“Hari ini kami mengumumkan prototaip pertama kami “The Flyer”, mesin terbang peribadi yang akan dikeluarkan untuk jualan menjelang akhir 2017.”

Video itu menunjukkan sebuah pesawat dengan satu tempat berduduk – dengan dua pontun dan landasan seperti labah-labah – berlepas dari tasik di satu lokasi rahsia dan berada di atas air, di mana ia bertujuan untuk digunakan.

Syarikat itu menerangkan “The Flyer” sebagai pesawat baharu yang berkuasa elektrik yang selamat, telah diuji dan mematuhi undang-undang untuk beroperasi di Amerika Syarikat di tempat yang “uncongested” di bawah peraturan-peraturan persekutuan Amerika untuk pesawat “ultralight”. tidak perlu lesen juruterbang  dan hanya perlu latihan dua jam saja.

(Sumber – AFP)

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.