Pemenang Pertandingan Akhir National Science Challenge 2017

<!--Pemenang Pertandingan Akhir National Science Challenge 2017 – MajalahSains

Oleh: Mohd Faizal Aziz
Tahniah diucapkan kepada Kolej Yayasan Saad, Melaka (KYS) yang telah menjuarai National Science Challenge 2017 yang berlansung di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2017 baru-baru ini.
Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan disaksikan oleh YM Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim Naib Presiden  Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Edward Graham Pengerusi ExxonMobile Malaysia.
Pemenang utama menerima Trofi Cabaran Perdana Menteri dan juga hadiah ekslusif diterbangkan ke Stockholm, Sweden bagi menyaksikan penganugerahan Tahunan Pemenang Hadiah Nobel. Pemenang tempat pertama turut dibawa menemui pemenang Hadiah Nobel dan mendengar syarahan mereka, selain melawat Muzium Nobel, Ericsson Centre of Excellence dan banyak lagi. Pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat akan dibawa ke Tokyo Jepun melalui program Sakura Science Programme. Program tersebut menjemput saintis-saintis muda asia bagi mengembangkan pengetahuan dan keterlibatan mereka dalam bidang sains dan teknologi di peringkat antarabangsa.
KYS telah menewaskan 3 pasukan lain yang turut mara ke pertandingan akhir. Ditempat kedua dimenenangi oleh SMK Subang Utama, Selangor,  tempat ketiga SMK Jenis Perempuan Cina P.Pinang, manakala di tempat keempat dari Kolej Tungku Kursiah Negeri Sembilan.
Pemenang dan guru pembimbing bergambar bersama YB Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Panglima Wilfred Madius Tangau
Pada peringkat akhir, peserta-peserta yang bertanding diuji dengan soalan-soalan kuiz sains yang mencabar bagi menguji pengetahuan mereka. Paling akhir, peserta akan mempersembahkan hasil ciptaan mereka untuk dinilai oleh juri profesional yang terdiri dari kalangan profesor-profesor universiti tempatan.
Pasukan Kolej yayasan Saad telah mempersembahkan ciptaan mereka berjudul ‘Hydro Loop‘ menggunakan konsep micro grid. Ternyata ciptaan mereka berjaya menarik minat juri untuk menganugerahkan pasukan mereka di tempat pertama bergelar juara NSC2017.
Empat pasukan yang terpilih ke peringkat akhir merupakan pasukan terbaik di kalangan hampir 4000 pasukan yang menyertai National Science Challenge 2017 kali ini. NSC 2017 adalah usahasama MOSTI melalui Akademi Sains Malaysia bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, ExxonMobil Malaysia dan Young Scientiest Network (YSN)
ExxonMobile terlibat dalam program pendidikan sains, teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Malaysia sejak enam tahun lalu dengan pelaburan lebih RM1.8 juta.
Menurut Edward Graham, program pendidikan yang tertumpu kepada STEM dipercaya mampu membuka jalan yang cerah bagi memimpin STEM di masa hadapan untuk remaja pada hari ini. Menurut beliau lagi, pertandingan seperti NSC menyuburkan lagi minda kritis dan analitis remaja-remaja di Malaysia khususnya. Melalui usaha ini, kita mampu menghasilkan sumber manusia berkualiti bagi meningkatkan jumlah kepakaran dalam sektor industri, komuniti dan pentadbiran.
Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau melalui ucapan beliau menegaskan bahawa program seperti NSC merupakan satu alat untuk mendedahkan kepada masyarakat umum tentang kepentingan menghayati Sains dan Teknologi dalam kehidupan seharian.
Beliau turut menyatakan bahawa sains, teknologi dan inovasi (STI) merupakan kuasa ekonomi masa hadapan dan negara kita sangat bergantung kepada teknologi maju dan inovasi. Lebih tepat lagi, ujar beliau, STI bersesuaian dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050 yang merangkumi perkembangan ekonomi, kreativiti dan inovasi.
Tahniah kepada pemenang National Science Challenge 2017!

Previous articleMembantu Masyarakat Memahami Sains

Terkini

TV Majalah Sains



Write a Comment

view all comments

*