Permainan aksi baharu dari Crystal Dynamics, Marvel’s Avengers menawarkan naiktaraf kepada konsol generasi baharu secara percuma. Ini bermakna pemilik permainan versi PS4 dan Xbox One akan mendapat versi PS5 dan Xbox Series X tanpa bayaran tambahan.

Melalui pengumuman yang dibuat melalui PlayStation Blog, Crystal D juga menyentuh topik berkenaan penambahbaikan grafik pada konsol PS5. Mereka mensasarkan pada 60 bingkai sesaat dengan resolusi 4K. Sasaran ini boleh dibuat pada konsol PS4 Pro dan Xbox One X, namun pilihan salah satunya, bukan kedua-dua dalam satu masa.

Marvel’s Avenger bakal dilancarkan pada 4hb September untuk PS4, PC dan Xbox One. Manakala ianya hadir ke konsol PS5 dan Xbox Series X hujung tahun ini.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.