Orang ramai kini boleh membuat pemindahan dana ke dalam akaun Tabung Haji dengan lebih mudah menerusi perkhidmatan JomPAY. Ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Tabung Haji (TH) dalam usaha menuju ke arah digitalisasi dengan menambah baik perkhidmatan digital kepada para pendepositnya.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad dalam kenyataan hari ini berkata, pengenalan ini secara tidak langsung dapat memudahkan lagi urusan para pendeposit. Melaluinya juga, mereka boleh memindahkan dana daripada akaun simpanan atau semasa ke akaun simpanan TH melalui platform perbankan internet yang sedia ada.

Lebih menariknya lagi, kemudahan ini tersedia secara percuma tanpa sebarang proses pendaftaran yang diperlukan. Untuk makluman, JomPay Biller Code bagi simpanan TH adalah 60228 dengan 15-digit nombor Akaun Simpanan TH perlu dimasukkan sebagai Ref-1.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.