Pemindahan Mikroorganisma Sihat Melalui Puting Susu Bayi

Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca

Oleh : Saiful Bahari

Sekiranya anda menganggap membersihkan puting susu bayi dengan cara menghisap dan memasukkan ke dalam mulut bayi anda, merupakan suatu perkara yang menjijikkan, mungkin anda perlu fikirkan mengenai perkara itu semula. Kajian terbaru yang dibentangkan di Annual Scientific Meeting bertempat di American College of Allergy and Immunology (ACAAI) menunjukkan terdapat kaitan antara ibu yang menghisap puting susu bayi mereka untuk tujuan membersihkannya dengan tindakbalas alahan yang lebih rendah di kalangan kanak-kanak.

Modus kajian dilakukan dengan penyelidik menemubual 128 ibu sebagi responden untuk kajian ini. Responden ini ditemubual beberapa kali sepanjang tempoh masa 18 bulan dengan fokus soalan berorientasi cara mereka membersihkan puting susu bayi mereka. Penyelidik mendapati bayi kepada responden (ibu) yang membersihkan puting susu dengan cara menghisap mempunyai tahap bacaan lgE yang rendah. IgE merupakan suatu jenis antibodi yang berkaitan dengan tindakbalas alahan di dalam tubuh badan manusia.

Ilustrasi Struktur Antibodi IgE

Data temubual menunjukkan 58 peratus responden masih lagi menggunakan puting susu yang sama untuk bayi mereka. Penyelidik juga mendapati terdapat tiga cara pembersihan puting susu samada melalui cara pensterilan, basuh dengan cucian tangan dan menghisap puting susu. 12 peratus responden menghisap puting susu untuk tujuan pembersihan.

Penyelidik mendapati kaitan responden membersih puting susu secara menghisap dengan pengurangan tahap bacaan IgE bermula pada bulan ke-10 dan berterusan sehingga bulan ke-18. Penyelidik yakin penemuan ini adalah disebabkan oleh pemindahan mikrob sihat daripada mulut responden kepada bayi. Namun, masih tidak jelas samada tahap bacaan IgE  rendah yang dilihat di kalangan bayi ini berterusan sehingga bertahun kemudian.

Pendedahan kepada mikroorganisma tertentu pada awal usia, didapati merangsang perkembangan sistem imun tubuh, seterusnya melindungi daripada penyakit alahan. Ibu yang menghisap puting bayi merupakan satu contoh bagaimana pemindahan mikroorganisma sihat kepada anak mereka. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan kaitan penurunan tahap bacaan IgE dengan cara pembersihan puting susu bayi, namun ini tidak semestinya bermakna menghisap puting bayi pasti akan merendahkan tahap bacaan IgE. Maka kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengkaji mengenai faktor yang mempengaruhi tahap bacaan IgE ini.

Puting Susu is life Ya`ll

Kredit Foto :

momlifeinpnw
today
wikipedia

24total visits,7visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.