Pemproses Quantum , 1000 Kali lebih laju dari pemproses komputer sekarang.

LW4A1956-660x440Cuba bayangkan anda mengunakan komputer yang berkelajuan 1000 kali ganda dari komputer pemproses i7 anda sekarang ? Kini perkara ini bukan nya lagi cerita fiksyen sains atau Hollywood kerana kini NASA dan CIA telah mengunakan teknologi pekumputeran ini dalam operasi mereka. Sistem yang di beri nama D-WAVE ini digunakan oleh dua organiasasi amareka syarikat ini dalam   penyelidikan mereka . Malah pihak NASA dengan kerjasama dengan google menjelaskan bahawa mereka dalam proses mencari rahsia alam semula jadi dengan mengunakan teknologi ini.

Antara teknologi di dalam pembangunan mereka adalah bagi membangunkan sistem yang berteraskan Kepitaran Buatan (AI) .Pihak google menjelaskan bahawa teknologi ini mampu memproses hanya beberapa saat berbanding komputer sedia ada sekarang yang perlu mengambil masa 10,000 tahun untuk menyelesaikan nya. Namun buat masa ini , sistem ini hanya menyokong beberapa operasi tertentu dan hanya mampu di lakukan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan mengenainya. Mereka dalam useha menjadikan proses pengaturcaraan dan pengunaan menjadi lebih mesra pengguna dan mudah untuk di bangunkan .

Berbeza dengan komputer biasa yang mengunakan digit 0 dan 1 sebagai pemprosesan . D-Wave mampu mengunakan lebih dari itu seperti 1 dan 0 serentak di mana kaedah fizik mampu dimenipulasi dengan lebih baik dan tepat. Pihak NASA dalam projek mengunakanya untuk menyahkod dan menkod bahasa yang telah di sulitkan .

Kakitangan google yang berkerja dengan projek ini dalam useha menambah baik perkomputeran baru ini dalam pelbagai aspek termasuk pengunaan tenaga solar dan sebagainya.

 

Mungkin di masa depan , Komputer yang kita guna sekarang sudah terlalu perlahan bagi mereka.

Sumber :-

http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-12-09/google-and-nasa-hope-lightning-fast-computers-will-unlock-the-secrets-of-nature