Pemproses Snapdragon 7c dan 8c Untuk Alwayas Connected PC Diumumkan

Dua tahun yang lalu Qualcomm Snapdragon 835 mula digunakan pada PC di bawah inisiatif Always Connected PC. Ini diikuti pula oleh Snapdragon 850 dan Snapdragon 8cx tahun lalu. Hari ini dua cip pemproses terbaru Snapdragon 7c dan Snapdragon 8c diumumkan bagi meneruskan usaha menghasilkan komputer riba yang sentiasa berhubung dan mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama berbanding komputer Windows lain di pasaran.

Pemproses Snapdragon 7c membawakan peningkatan sehingga 20% dan dua kali ganda hayat bateri berbanding platform lain di pasaran. Ia dilengkapi CPU lapan teras Kryo 468, GPU Adreno 618 dan modem X15 LTE untuk sambungan selular sepanjang masa.

Snapdragon 8c pula memberikan peningkatan 30% berbanding Snapdragon 850. Ia dilengkapi modem X24 LTE dan Qualcomm AI Engine dengan kemampuan 6 TOPS. Seperti Snapdragon 8cx, 8c dihasilkan menggunakan teknologi 7nm.

Snapdragon 7c menyasarkan penggunaan pada komputer kelas permulaan, Snapdragon 8C pada komputer kelas perdana manakala Snapragon 8cs pula untuk komputer kelas mercu. Kesemua ini dilakukan tanpa penggunaan kipas untuk penyejukan dan rekaan yang lebih nipis.

Sungguhpun begitu sehingga kini penggunaan cip ini di pasaran adalah masih rendah malahan tidak ditawarkan secara meluas di negara kita Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.