Berita Menarik

Penanda Tumor(Tumor Marker), Boleh guna untuk saring kanser ataupun tidak?

Pembaca : 15
0 0

“Saya ada satu pakej ambil darah ini Puan. Dalam pakej ini semua jenis ujian kita masukkan. Sekali dengan ujian untuk menentukan Puan ada kanser ataupun tidak. Puan berminat tak?”

Bila diajukan soalan begini, sudah tentu kebanyakkan daripada kita berminat. Dengan ambil darah sahaja, boleh tahu keadaan satu badan. Termasuk sekali tahu ada kanser ataupun tidak. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan darah tidak boleh dijadikan salah satu cara untuk tahu sama ada anda mempunyai kanser ataupun tidak?

Di dalam saringan kanser, ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum satu-satu ujian tersebut dikatakan mampu menyaring seseorang daripada kanser. Kriteria yang paling utama untuk satu-satu ujian tersebut ialah ujian itu perlu mempunyai kepekaan dan ketepatan yang tinggi.

Apa maksud Kepekaan?

Dalam bahasa inggeris kepekaan ini bermaksud ‘sensitivity’. Sesuatu ujian saringan kanser perlulah sangat sensitif untuk mengesan pesakit kanser. Ini kerana kita tidak mahu pesakit yang mempunyai kanser terlepas ketika menjalankan ujian tersebut.

Sebagai contoh ada 100 orang yang mempunyai kanser usus. Kita guna satu ujian yang dikatakan boleh kesan kanser usus. Daripada ujian tersebut ia dapat kesan 99 orang positif ujian tersebut. 1 lagi negatif. Ini bermaksud kepekaan ujian tersebut adalah 99%. Ujian seperti ini sesuai untuk dijalankan sebagai saringan kanser

Kita tidak mahu ujian saringan kanser yang mempunyai kepekaan yang sangat rendah ini kerana ia akan menyebabkan ramai daripada pesakit yang sebenarnya mempunyai kanser terlepas daripada rawatan.

Kita ambil satu contoh kepekaan ujian sebanyak 50%. Jika ada 100 orang yang mempunyai kanser, hanya 50 orang sahaja yang dapat dikesan positif kanser daripada ujian tersebut. 50 orang lagi tidak tahu dia mempunyai kanser sehinggalah kanser itu merebak ke seluruh badan dan menghasilkan simptom.

Ujian seperti ini hanya akan menambah kos perbelanjaan. Dah lah tak tahu ada kanser, bila dah ada simptom, kanser tersebut sudah merebak ke tempat lain. Kena chemotherapy nanti pun guna duit jugak

Apa maksud Kejituan?

Dalam bahasa inggeris kejituan in bermaksud ‘spesificity’ ataupun ‘accuracy’. Tetapi dalam istilah perubatan kita ambil sebagai specificity sahajalah.

Ia membawa maksud jika ujian itu positif, ia benar-benar mempunyai jenis kanser itu sahaja. Sebagai contoh ujian saringan kolonoskopi iaitu kamera dimasukkan ke dalam saluran usus untuk melihat keadaan dalam usus besar. Jika ada kanser, maka ia adalah spesifik menunjukkan dia ada kanser usus. Tidaklah tiba-tiba dia ada kanser usus sekali dengan kanser payudara.

Tetapi ada ujian darah seperti penanda tumor(Tumor marker) CEA yang akan tinggi jika ada kanser usus. Tetapi ia tidak spesifik kerana bacaan CEA juga mungkin akan tinggi jika seseorang pesakit mempunyai kanser ovary. Oleh itu, Penanda tumor CEA tidak boleh dijadikan sebagai salah satu ujian untuk proses saringan kerana ia tidak spesifik.

Titik yang berwarna putih merujuk kepada orang normal
Titik yang berwarna hitam merujuk kepada pesakit kanser
Warna merah jambu yang mengelilingi titik pula menunjukkan ujian tersebut POSITIF

Gambar rajah tersebut menunjukkan apa yang akan berlaku jika sesuatu ujian tersebut mempunyai perbezaan daripada segi kepekaan dan kejituan.

Jika sesuatu ujian tersebut mempunyai kepekaan dan kejituan yang tinggi, ia akan dapat memberi keputusan ujian yang positif kepada pesakit kanser dengan tepat.

Tetapi jika ia mempunyai kepekaan dan kejituan yang rendah, maka pesakit yang tiada kanser akan mempunyai keputusan ujian yang positif manakala pesakit yang mempunyai kanser pula mendapat keputusan ujian yang negatif.

Penanda tumor(Tumor marker)

Penanda tumor merupakan kompaun yang dihasilkan oleh sel kanser ataupun sel yang normal disebabkan kesan daripada kanser yang berlaku. Kompaun ini boleh dijumpai dalam darah, air kencing, najis air besar, cecair daripada badan dan beberapa tempat lagi bergantung kepada jenis kanser

Pelbagai jenis penanda tumor sebagai contoh:

  • Carcinoembrayonic antigen/CEA: selalunya tinggi pada kanser usus
  • Alpha-fetoprotein/AFP: Selalunya tinggi pada kanser hati dan germ cell cancer
  • CA 19-9: Selalunya tinggi pada kanser pancreas
  • CA-125: Selalunya tinggi pada kanser ovary
  • CA 15-3: Selalunya tinggi pada kanser payudara
  • Prostate specific antigen/PSA: selalunya tinggi pada kanser prostate
    Dan banyak lagi

FAKTA yang semua perlu ketahui adalah penanda tumor tidak digunakan untuk membuat saringan kanser. Ini kerana penanda tumor mempunyai kadar kepekaan dan kejituan yang rendah.

Ini adalah disebabkan beberapa perkara
1) Ada beberapa jenis penanda tumor yang hanya tinggi ketika kanser sudah merebak. Jika kanser pada peringkat awal, penanda tumor tersebut berada pada bacaan yang normal

2) Ada beberapa penanda tumor yang tidak spesifik. Bermaksud jika ia positif, tidak semestinya ia mempunyai kanser tersebut. Sebagai contoh jika bacaan CEA tinggi, kemungkinan pesakit tersebut mempunyai kanser usus. Tetapi apabila kita lihat di dalam ususnya, tiada kelihatan kanser tersebut. Tetapi kita tidak tahu mungkin bacaan CEA itu tinggi disebabkan hadirnya kanser ovari.

3) Jika bacaannya tinggi, tidak semestinya ada kanser.
Ini adalah kerana ujian seperti ini tidak mempunyai kadar kepekaan dan kejituan yang tinggi. Keputusan yang didapati mungkin ‘false positif’ dan ‘false negative’. Iaitu positif tapi tiada kanser ataupun negatif tetapi ada kanser.

Penanda tumor hanya sesuai digunakan untuk melihat sama ada rawatan kanser yang diberikan berkesan ataupun tidak dan juga untuk melihat kanser itu berlaku semula ataupun tidak(Recurrent cancer). Ianya tidak digunakan untuk tujuan saringan.

Budaya ambil darah di Malaysia

Terdapat beberapa ‘private lab’(Makmal swasta) yang selalu menjalankan ujian darah. Mereka juga akan menyelitkan ujian darah yang dikatakan mampu mengesan kanser. Bahasa mudahnya adalah mereka membuat saringan kanser dengan cara mengambil PENANDA TUMOR(TUMOR MARKER). Tetapi anda diminta untuk membayar lebih untuk ujian tersebut walaupun sebenarnya ujian itu tidak diperlukan

Perbuatan ini mempunyai dua implikasi:
1) Ia akan menyebabkan ‘false alarm’ iaitu seseorang itu akan jadi bimbang ketika mana ujian darahnya positif, bacaan penanda tumornya itu tinggi. Sedangkan ia tinggi bukan disebabkan kanser. Tetapi secara semula jadinya tinggi.
Pesakit akan pergi ke hospital dan menghabiskan semua duitnya untuk mengetahui kanser apakah yang dia ada sedangkan dia sebenarnya tiada kanser.

2) Ia akan menyebabkan ‘false relief’ iaitu dia rasa lega sebab keputusan darah negative, bacaan penanda tumor rendah. Seolah-olah menunjukkan dia tiada kanser. Dan apa yang merisaukan lagi apabila pesakit sudah mempunyai simptom kanser tetapi dia masih tidak mahu mendapatkan rawatan disebabkan bacaan penanda tumornya itu normal
Kita tidak mahu seseorang pesakit kanser itu berjumpa doktor ketika mana kanser sudah pun merebak ke tempat lain.

Sumber: https://www.cancer.gov/about-cancer/diagnosis-staging/diagnosis/tumor-markers-fact-sheet#q6

SCAMMER DI LUAR SANA

Terdapat juga beberapa doktor dan prof palsu diluar sana yang menggunakan bacaan penanda tumor ini sebagai salah satu cara untuk mengetahui seseorang itu mempunyai kanser ataupun tidak. Ketahui bahawa amalan tersebut adalah salah. Kanser tidak di diagnos dengan menggunakan bacaan penanda tumor. Kanser juga tidak disaring dengan menggunakan bacaan penanda tumor.

Jika ada anda lihat doktor yang diagnos kanser selain daripada kanser darah dengan menggunakan ujian darah, maka ketahuilah bahawa dia sedang menipu anda. Jauhilah mereka.

Selalunya doktor ataupun prof palsu ini akan merawat dengan menggunakan bahan utamanya iaitu Vitamin B17. Kegunaan vitamin B17 ini sudah kami jelaskan di dalam post sebelum ini. Anda boleh rujuk link ini. Secara kesimpulan, Vitamin B17 tidak lah menyembuhkan kanser.

Saringan kanser

Terdapat beberapa kaedah saringan kanser di Malaysia dan ianya mengikut jenis kanser sebagai contoh:
1) Ujian Pap smear untuk mengesan kanser pangkal rahim(cervix) ataupun tanda-tanda awal sebelum menjadi kanser
2) Ujian Immunochemical Faecal Occult Blood test berserta kolonoskopi untuk mengesan kanser usus
3) Mammogram untuk mengesan kanser payudara

Salah satu saringan pap smear

Ujian mamogram yang digunakan untuk saringan kanser payudara

Saringan-saringan seperti ini mempunyai kadar kepekaan dan kejituan yang tinggi. Sebab itu di klinik kesihatan mahupun di hospital, mereka akan membuat ujian ini dahulu untuk tujuan saringan. Jika positif mempunyai kanser, barulah darah diambil untuk melihat bacaan penanda tumor.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science. 

sumber : rootofscience.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.