PENCETAK MUDAH ALIH INSTAX SHARE SMARTPHONE PRINTER SP-2

Instax SHARE Smartphone Printer SP-2 adalah pencetak mudah alih terbaru keluaran Fujifilm. Ia adalah satu model yang dinaik taraf daripada model sebelum ini dengan prestasi yang lebih baik.

Pencetak mudah alih ini membolehkan pengguna mencetak gambar serta merta di mana-mana sahaja dalam masa 10 saat untuk satu gambar.

Untuk mencetak gambar, pengguna perlu menyambungkan peranti atau telefon pintar platform Android atau iOS melalui sambungan wifi ke pencetak ini dan menggunakan aplikasi khas untuk memilih gambar yang ingin dicetak.

Selain mencetak gambar terus menerusi peranti atau telefon pintar, pencetak mudah alih ini juga menyokong sambungan daripada kamera siri-X keluaran Fujifilm melalui sambungan wifi.

sumber : http://ekselen.my/

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.