Pencipta Bateri Li-ion Dianugerahkan Hadiah Nobel Dalam Bidang Kimia

Telefon pintar anda tidak akan berguna tanpa bateri yang membekalkan tenaga. Teknologi bateri litium-ion ini merealisasikan rekaan peranti mudah alih yang bersaiz kecil. Hadiah Nobel untuk bidang kimia telah diumumkan dan ia telah dianugerahkan kepada tiga individu yang mencipta bateri li-ion

Kami yakin anda tidak mengenali nama Stanley Whittingham, John Goodenough dan Akira Yoshino tetapi ketiga-tiganya adalah bapa kepada bateri Li-ion. Staley Whittingham memulakan pembangunan sumber kuasa yang tidak memerlukan sumber bahan api fosil pada dekad 1970an selepas berlakunya krisis tenaga. Beliau menghasilkan sel li-ion pertama dengan katod titanium disulfida dan anod dari litium. Tetapi generasi pertama bateri dengan anod litium ini terlalu reaktif sehingga mudah meletup.

Langkah seterusnya dilakukan oleh John Goodenough pada tahun 1980 yang menggantikan katod titanium disulfida dengan oksida kobalt. Dengan perubahan katod ini kapasiti bateri lion meningkat sekali ganda.

Langkah akhir dilakukan oleh Akira Yoshino yang mencipta bateri li-ion pertama yang stabil untuk dipasarkan secara komersial pada tahun 1985. Beliau menggantikan anod litium dengan kok petroleum.

Bateri li-ion komersial yang boleh dicas berkali-kali dipasarkan oleh Sony dan Asahi Kasei pada tahun 1991. Selepas berpuluh-puluh tahun berjaya kepada tamadun manusia, sumbangan Whittingham, Goodenough dan Yoshino akhirnya diiktiraf oleh Hadiah Nobel 2019.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.